19 March 2019

10 Gambar Bukti Memakai Tali Pinggang Keselamatan Boleh Menyelamatkan Anda

New Zealand Transport Agency (NZTA) melancarkan kempan mengenai tali pinggang keledar atau keselamatan bagi mengurangkan jumlah kematian yang berlaku  di New Zealand. Menurut kerajaan NZ, mereka mendapati 90 orang akan mati setiap tahun akibat tidak memakai tali pinggan keselamatan dan kebanyakkannya adalah golongan anak muda.

Tali pinggang keledar atau dikenali sebagai tali pinggang keselamatan adalah peranti keselamatan kenderaan yang direka khas untuk melindungi penumpang kenderaan daripada ancaman yang berbahaya terutamanya semasa hentakan secara mengejut. Tali pinggang ini berfungsi bagi mengurangkan kemungkinan kematian atau kecederaan yang serius semasa perlanggaran berlaku.  

Gambar di bawah ini menunjukkan kecederaa yang benar-benar berlaku pada diri mereka, dan mereka terselamat daripada kemalangan tersebut. Ini kerana mereka menggunakkan tali pinggang keselamatan.

Guna tali pinggang keselamatan bagi menurunkan kadar kematian serta kecederaan parah sehingga 45%

Liam Bethell mengalami kemalangan lori mengakibatkan dia koma 10 hari, dan tali pinggang keselamtan menyelamatkan dia.

Kahutia Foster, kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok. Tali pinggang keselamatan yang menyelamatkan dia. Tengok tangannya tu......
Dion Perry, mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan kereta. Kereta yang dipandunya terbabas, berputar dua kali, akibat jalan licin.


Dan Mason, beliau berusia 21 tahun. Dia telah di langgar oleh pemandu dalam keadaan mabuk. Mengakibatkan tulang rusuknya patah.

Rick Haira terselamat, dilanggar oleh kereta api. Semua gambar ada kesan tali pinggang keselamatan dibadan.
Dylan Chirnside mengalami kecederaan otak dan patah tulang namun dia terselamat kerana memakai tali pinggang keledar. Setelah setahun, dia pula sepenuhnya.
James Mcdonald, mengalami kecederaan pada hidung dan tangan semua patah tapi dia terselamat.
Willy Carberry, beliau melanggar tiang elektrik dan dia terselamat. Hasil tali pinggang keledar
kenderaan Akan Giles telah dilanggar dari arah belakang, kepalanya terhentak di stereng kereta mengakibatkan dia mengalami masalah di bahagian otak. Dia kini sedang belajar berjalan dan bercakap. oklah daripada mati..(kasar ayat)
James Liberona-Feek mengalami patah kedua belah kakinya dan mengambil masa 8 bulan untuk pulih sepenuhnya.....akhirnya dia boleh berjalan.
Ingat Gunalah tali pinggang keselamatan, ingat pada orang tersayang.

Terima Kasih atas comment anda
EmoticonEmoticon