12 March 2019

11 Gambar Hashtag Trashtag Challenge Yang Popular


Dulu #10yearschallenge dan kini #trashtag. Cabaran Trashtag kali ini mengenai sampah sarap yang perlu dibersihkan pada satu kawasan sebelum dan selepas. Individu atau sekumplan perlu mengambil gambar pada satu tempat sebelum dibersihkan, dan mengambil gambar selepas dibersihkan. Mudah kan..tetapi ia memerlukan usaha gigh untuk membersihkannya. Hashtag kali ini lebih ke arah kebersihan alam sekitar.

Bagaimana hashtag trashtag kali ini popular? ia berlaku pada bulan Mac 2019 oleh seseorang individu yang telah memuatnaik gambar sebelum dan selepas bersihkan satu kawasan di halaman facebooknya. Beliau dikenali sebagai Byron Roman dan gambar beliau telah dikongsikan (share) sebanyak 319 ribu dihalaman facebook.


Asal Hashtag trashtag mulai diperkenalkan pada 15 September 2015 oleh Steven Reinhold di laman website Teton Gravity. Website ini menerangkan tentang aktiviti yang mereka buat, dimana  mereka membersihkan satu kawasan seperti Lembah Yosemite dalam masa yang sama mereka sedang melancong di sana. Dengan aktiviti itu, mereka memuatnaik gambar mereka ke Instagram dengan #trashtag.

Sehingga kini hashtag trashtag  semakin dikenal, tak percaya cuba lah search kat googel. Ada banyak lagi gambar mengenai hashtag ini. Hashtag macam inilah yang kita perlu, mendidik kita ke arah kebaikan, malah semua golongan boleh melakukkannya. Diutamakan pada guru-guru sekolah, didiklah murid mereka dengan membersihkan kawasan sekolah tapi jangan lupa hashtag #trashtag. Rasanya belum ada lagi rakyat malaysia buat #trashtag ini.

Gambar dibawah ini, hasil dari hashtag trashtag challenge dari seluruh dunia.



 Hashtag Trashtag Challenge, lelaki dari Nepal. 

 Hashtag Trashtag Challenge,anak dara buat hashtag

 Hashtag Trashtag Challenge, aku rasa macam tak yakin dia buat kerja...(tak baik buruk sangka)

 Hashtag Trashtag Challenge, ini gambar dari intagram tetso College menarik bukan.

 Hashtag Trashtag Challenge kali ini dari negara Mexico pembersihan beramai-ramai.

Hashtag Trashtag Challenge, seorang guru pencen berusia 70 tahun. Rajin sungguh guru ini.

 Hashtag Trashtag Challenge, satu keluarga membersihkan pantai alangkah indah bila bersih.

 Hashtag Trashtag Challenge, kudaaa...?

 Hashtag Trashtag Challenge, lain kali siapa-siapa nak buat hashtag pastikan anda berada dalam gambar sebelum dan selepas...peringatan

Hashtag Trashtag Challenge, ooo ya lupa kalau nak ambil gambar tu pastikan pada posisi yang sama ye..

Terima Kasih atas comment anda
EmoticonEmoticon