-->

8 Gambar Keluarga Miskin Dari Seluruh Dunia


Keluarga Cabura tinggal di wilayah Makamba di Burundi. Arcade dan isterinya berusia 28 dan 25 tahun, mereka bekerja sebagai petani. Pasangan itu tinggal bersama anak perempuannya, Katia dan anak lelaki kembar mereka yang berusia tiga bulan, dikenali sebagai Bukuru dan Butoya. 


Arkad dan Janine bekerja 84 jam seminggu dan memperoleh 16 000 franc Burundi setiap bulan (RM36). Pendapatan keluarga biasanya bergantung pada jualan hasil pertanian mereka.
Pada tiga tahun yang lalu, keluarga Kabour tinggal di sebuah rumah  yang mempunyai satu bilik tidur sahaja dan tiada bekalan elektrik. Mana kala tandas mereka berada di luar rumah. Hampir keseluruhan pendapatan keluarga Arkad dibelanjakan untuk membeli makanan. 


Keluarga di Calcutta, India. Abdul Khalid berusia 40 tahun, bekerja sebagai pekerja upahan manakala isterinya Chandmori berusia 30 tahun dan tidak bekerja, beliau hanya mencari sisa-sisa makan di kawasan tapak pelupusan sampah. 

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak yang berusia 3 hingga 10 tahun. Keluarga ini bekerja sebanyak 212 jam seminggu.
10 tahun yang lalu, keluarga itu tinggal di sebuah pondok, yang mereka bina sendiri. Di rumah mereka tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air, dan tiada tandas.





Keluarga Pierrot ini tinggal di pedalaman dataran tinggi Haiti. Magline berusia 28 tahun, dia mempunyai empat orang anak yang berusia 2 hingga 11 tahun. Magline tidak bekerja dia hanya mencari makanan demi anak-anaknya.

Tempat tinggal keluarga Magline hanya 1 bilik sahaja - dibina oleh saudara-mara Magline 14 tahun lalu. Pada masa yang sama, Magline terpaksa membayar 630 gourd Haiti (RM30) sebulan untuk sewa tanah. Rumah Magline tidak mempunyai bekalan elektrik, air dan juga tandas. Sekiranya Magline memerlukan air, beliau akan mengambil masa dua jam sehari untuk mengambil air,  malangnya itu tidak selamat untuk diminum.