Kehidupan seorang ibu bukanlah mudah, terutamanya menjadi ibu sepenuh masa. Mesti anda (ibu) pernah merasai bertapa sukarnya menjaga anak di rumah. Seperti mana lukisan yang di hasilkan oleh seorang pelukis ini, mengenai kehidupan menjadi seorang ibu.
Sebenarnya beliau adalah seorang guru yang tinggal di kawasan Catalonia, Sepanyol. Dikenali sebagai Roser Matas yang berusia 41 tahun, seorang guru matematik di sebuah sekolah di Catalonia. Menurut Roser Matas, pada mulanya dia mulai melukis hanya untuk mengingati sesuatu iaitu ilmu yang dia pelajari, sebelum menghadapi peperiksaan.
Dan ini adalah salah satu petua yang diberitahu oleh ayahnya apabila menghadapai peperiksaan. Dari masa itulah Matas mulai menyukai melukis, Matas juga mengambil beberapa kursus lukisan dan akhirnya kini dia menjadi salah seorang pereka grafik profesinal.-sumber
Itulah kesungguhan seorang ibu, seorang guru dan seorang pereka grafik, gambar di bawah ini adalah hasil lukisan grafik yang dibuat oleh Roser Matas, mengenai kehidupan seorang ibu. Terdapat seribu lebih lukisan yang dihasilkan oleh Roser Matas, anda boleh mengikuti perkembangan beliau di laman instagramnya iaitu @rosermatas
Memotong kuku merupakan satu benda biasa. Tetapi apabila ia melibatkan kuku si kecil, ia boleh bertukar menjadi satu aktiviti yang agak mencabar dan mendebarkan.
Bukan mudah nak pasang baju anak, kadang kala jadi macam ini.
Mandikan anak, salah satu cabaran para ibu, habis semua basah termasuk ibunya sekali
Masa makan lagi lah, semua benda dia nak, bukan nak makan tapi dibuat main.
mungkin ramai para ibu tak sedar, yang anak mereka banggun ketika mereka sedang tidur.
Nak pasang lampin pun nak gaduh, kadang kala kejar mengejar....itu yang best
Semua permainan ada, tapi tak pernah puas......ada je yang dia nak.
Nak cuci tangan pun bukan mudah, habis basah semuanya termasuk ibunya sekali....
Nak jaga anak lagi, nak menyapu lagi, nak kemas barang mainannya lagi.....letih
Part ini paling best, terutamanya nenek dan atuknya. Sayang cucu hingga lupa mak bapanya,
5 Comments
Terima Kasih atas comment anda