-->

10 Gambar Pemenang Pertandingan World Press Photo 2020

 

Ini adalah gambar pemenang pertandingan World Press Photo 2020 yang dianjurkan oleh organisasi bebas dikenali sebagai World Press Photo Foundation. Pertandingan ini dibuat adalah untuk memberi sokongan kepada jurugambar profesional, dan berkongsi pengetahuan.


Gambar yang anda akan lihat di bawah ini mempunyai kisah tersendiri. Oohsenyum hanya menerangkan versi pendek mengenai gambar tersebut. Sekirannya anda ingin mengetahui lebih lanjut sila layari website mereka iaitu worldpressphoto.com


Mungkin Anda Berminat : 10 Gambar Pemenang Pertandingan World Press Photo 2019


1. Pertandingan World Press Photo 2020


Gambar ini bertajuk Straight Voice, mengenai Seorang pemuda yang diterangi lampu telefon bimbit, melaungkan puisi tunjuk perasaan mereka, untuk menyeru agar kuasa diserahkan kembali kepada orang awam di Khartoum, Sudan. Gambar: Yasuyoshi Chiba, pemenang World Press Photo of the Year.


2. Pertandingan World Press Photo 2020


Seorang nelayan yang di Tasik Victoria, sedang menarik keluar perahu yang ditenggelamkannya sepanjang hari, sebelum pergi memancing semula bersama rakannya, di Murchison Bay, Uganda, pada 9 Januari 2019. Gambar: Frederic Noy / Panos


3. Pertandingan World Press Photo 2020


Ewa adalah seorang gadis dari Armenia yang berusia 15 tahun, remajah ini telah sedar dari penyakit kronik yang dihadapinya iaitu "Resignation Syndrome". Ewa sedang duduk di kerusi rodanya bersama ibubapanya di sebuah pusat penerimaan pelarian di Podkowa Leśna pada 1 Jun 2019.Gambar: Tomek Kaczor untuk Format Duży, Gazeta Wyborcza.


4. Pertandingan World Press Photo 2020


Gambar Seorang pejuang Taliban yang sedang duduk di sebuah kereta di Khogyani, Afghanistan, pada pagi 11 Disember 2019. Gambar: Lorenzo Tugnoli.


5. Pertandingan World Press Photo 2020


Seorang wanita sedang bersedih, dan meletakkan tanah di wajahnya semasa berada di lokasi nahas. Wanita ini adalah saudara mangsa bagi nahas pesawat Ethiopian Airlines ET302 berhampiran Addis Ababa pada 14 Mac 2019. Gambar: Mulugeta Ayene


6. Pertandingan World Press Photo 2020


Gambar sekumpulan Pelajar sedang berlawan dengan polis rusuhan semasa demonstrasi antikerajaan di Algiers, Algeria, pada 21 Mei 2019. Gambar: Farouk Batiche


7. Pertandingan World Press Photo 2020


Mayvt anak orang utan berusia sebulan sedang terbaring di atas kain bedah yang berhampiran bandar Subulussalam, Sumatera, Indonesia. Orang utan ini mvti ketika bersama ibunya yang mengalami kecederaan di ladang kelapa sawit, pada 10 Mac 2019. Gambar: Alain Schroeder


8. Pertandingan World Press Photo 2020


Noora Ali Abbas yang sedang duduk bersama cucunya Harreth di sebuah khemah di Kem IDP Salamiyah 2, Nineveh, Iraq, pada 22 April 2019. Menurut Noora, ayah Harreth telah diambil oleh ISIS pada tahun 2015 dan sehingga kini Harreth tidak mempunyai kad pengenalan. Ini disebabkan pihak pemerintah Iraq percaya ayah Harreth adalah pejuang Isis. Gambar: Adam Ferguson.


9. Pertandingan World Press Photo 2020


Elif berusia 9 tahun, seorang pelajar baru di sebuah sekolah Al-Qur'an di Rize, Turki. Gambar Elif memakai jilbab untuk pertama kalinya, 4 Ogos 2018. Gambar: Sabiha Grass.


10. Pertandingan World Press Photo 2020



Seorang wanita Rusia sedang membawa anaknya, beratur di sebuah hospital sementara di The Annex, di Kem Pelarian Al-Hol di Syria utara, pada 14 November 2019. Gambar: Alessio Mamo


Cancel

Terima Kasih atas comment anda