-->

Scammer Paling Kaya Berjaya Ditangkap (9 Gambar)



Mesti anda tertanya-tanya siapa scammer paling kaya ini? Kes ini berlaku di Dubai. Seorang lelaki yang berasal dari negara Nigeria berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah berjaya menjadi seorang scammer dalam penipuan siber bernilai $ 431 juta dollar. 

Sumber @hushpuppi

Beliau dikenali sebagai Raymond Abbas, yang memiliki 2.4 juta pengikut di laman insatgramnya yang dikenali sebagai @Hushpuppi. Raymond ditangkap atas pertuduhan menipu, yang 
melibatkan maklumat kad kredit dari luar negara.

Menurut pihak polis Dubai Brig. Jamal al-Jalaf, Raymond menyasarkan mangsa dari luar negara dengan membuat laman web palsu untuk syarikat dan bank terkenal dalam usaha mencuri maklumat kad kredit mangsa.

Sumber gambar

Menurut laporan, Raymond menggambarkan dirinya di instagram sebagai seorang jutawan yang hidup dengan mewah, ianya bertujuan untuk menarik orang ramai dari seluruh dunia untuk menjadi mangsa penipuannya. Antara mangsa penipuan Raymond Abbas adalah mereka yang tinggal di kawasan Eropah, Amerika dan Nigeria

Gambar di bawah adalah gambar yang dimuat naik oleh Raymond bagi menunjukkan kekayaannya kepada orang ramai. Terdapat banyak lagi gambar dan anda boleh lihat di laman instagramnya @HushPuppi.









Menurut laporan terdapat 12 orang lain yang berjaya ditangkap dalam serbuan yang sama. Dan mereka juga menemui dua juta alamat e-mel dan nama mangsa. Bukti ini dijumpai di beberapa telefon bimbit dan komputer yang dirampas semasa operasi. Kereta mewah juga turut dirampas berserta beg pakaian yang dipenuhi wang tunai, yang diangarkan mencecah 30 juta USD.-sumber

Scammer melibatkan media sosial bukan perkara baru. Dan penipuan ini tidak hanya berlaku di luar negera, tetapi juga di negara kita sendiri Malaysia.

Untuk menangani ancaman siber melalui media sosial, di sini terdapat beberapa petua agar tidak/elak menjadi mangsa scam seterusnya:

1. Pengguna Internet perlu tahu bahawa terdapat akaun media sosial yang menggunakan identiti palsu di ruang Internet.

2. Jangan mudah bersimpati dan memberikan butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru di Internet. Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, sila tamatkan panggilan tersebut.

3. Jangan mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai kerajaan atau swasta seperti pegawai polis, atau pegawai bank. Catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. 


4. Semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

5. Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu yang melalui telefon, sebaliknya hubungi nombor rasmi agensi tersebut.


Klik Untuk Post Terkini

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda