-->

Lukisan Disney Yang Bersaiz Besar



Lukisan Disney yang versi puas hati dan bersaiz besar hanya boleh dilihat melalui desktop dan table sahaja. Kalau melalui smartphone biasa, gambar ini terbahagi dua. 




Sebelum Aladdin versi Disney muncul, animasi Aladdin sudah diterbitkan pada 1954 dengan kartun tanpa suara dan tanpa warna.


Beauty and the Beast ialah sebuah filem fantasi animasi buatan Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios pada tahun 1991, dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures, selaku filem ke-30 dalam siri Walt Disney Animated Classics dan filem ketiga dalam zaman Disney Renaissance.


Mulan adalah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation dan pertama kali pada  5 Jun  1998  oleh Walt Disney Pictures dan Buena Vista Distribution. Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, kisahnya ditulis oleh Robert D. Animasi Mulan adalah idea asas dari legenda Cina mengenai Hua Mulan.


Tangled ialah sebuah filem muzikal animasi tahun 2010 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini dibintangi oleh pelakon suara oleh Mandy Moore, Zachary Levi, dan Donna Murphy, dan filem ini ialah filem ke-50 dalam siri Animasi Klasik Walt Disney. 


Snow White adalah watak utama dari filem animasi Walt Disney yang dikenali sebagai Snow White and the Seven Dwarfs, sebuah filem animasi Amerika Syarikat pada tahun 1937.


Pocahontas  adalah watak fiksyen India Amerika dari  filem animasi Disney Pocahontas  (1995). Dalam filem ini, Pocahontas jatuh cinta dengan John Smith, kapten kapal dari England, walaupun latar belakang mereka tidak membenarkan mereka bersatu.  


Cinderella mula dipopularkan dalam filem Cinderella pada tahun 1950. Cinderella  adalah watak fiksyen dari  filem animasi  ke - 12 oleh Walt Disney.


Peter Pan ialah sebuah filem animasi yang dikeluarkan Walt Disney dan ditayangkan ke teater oleh Buena Vista Pictures tanggal 5 Februari 1953. Animasi ini merupakan seri yang ke-14 dari Walt Disney Animated Classics series.

Alice in Wonderland (Alice di Alam Ajaib) ialah sebuah filem animasi keluaran Walt Disney, yang diadaptasi dari cerita karya Lewis Carroll yang berjudul Alice's Adventures in Wonderland dan Through the Looking-Glass. Animasi ini merupakan siri yang ke-13 dari siri Walt Disney Animated Classics.