23 May 2019

11 Gambar Rekabentuk Tatu Yang Menarik Dan Kreatif


Tentu kita pernah melihat orang bertatu, tetapi rekabentuk tatu yang biasa mereka buat berbentuk keganasan atau pun kesenian. Berbeza pula dengan tatu di bawah ini, rekabentuk tatunya yang menarik dan kreatif.  Untuk pengetahuan anda, tattu adalah satu bentuk pengubahsuaian badan dimana reka bentuk yang dibuat dengan memasukkan dakwat, pewarna dan pigmen, sama ada kekal atau sementara ke dalam kulit.

Sejarah Tatu, kebanyakannya diamalkan di kalangan rakyat Austronesia. Ini adalah salah satu teknologi awal yang dibangunkan oleh Proto-Austronesian di Taiwan dan pesisir 
China Selatan  sebelum 1500 SM. Tatu ini dibuat pada asalnya diikaitkan dengan pemburuan kepala. Namun kini, tatu dianggap keseniaan bagi mencantikkan lagi tubuh badan seseorang.

Bagi yang beragama Islam bertatu adalah dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: 

 "Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud: 

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.-sumber

Gambar di bawah ini adalah koleksi tatu yang menarik dan kreatif. Bagi beragama islam janganlah tiru ye menyesal nanti. Gambar yang ditunjukan ini hanyalah hiburan semata-mata.













3 komentar

kreatif...nice info..tak pernah tahu sejarah tatu

nampak kesan merah-merah kat kulit tu, kita yg tengok ni lak yg terasa kesakitkan nya

Terima Kasih atas comment anda
EmoticonEmoticon