-->

3 Gambar Curi Ayam Demi Minyak Kereta BMW

Sanggupnya dia mencuri ayam demi minyak kereta BMWnya kes ini berlaku di China dari wilayah Sichuan. Seorang petani yang kaya telah ditahan dan didakwa mencuri ayam dan itik dari beberapa kampung di Linshui kerana mahu membeli minyak kereta BMW yang dimilikinya.


Menurut polis di Linshui mereka telah menerima laporan kecurian ayam dan itik di beberapa kampung sejak April lalu. Mereka bagaimanapun tidak menyangka dalang yang melakukan perkara terkutuk ini adalah salah seorang petani yang terkaya di kawasan kampung tersebut.


Menurut polis dia terpaksa mencuri apabila mengalami masalah kewangan sehingga mengalami kesulitan untuk mengisi minyak. Dia kemudiannya mula mencuri ternakan haiwan yang dimiliki orang-orang kampung, selepas itu dia akan menjual ternakan ini demi membayar kos minyak keretanya.

Tambah lagi, hasil mencuri dan menjual ayam dan itik itu digunakan untuk perbelanjaan bulanan minyak keretanya. Akhirnya lelaki ini ditahan dan berdepan dengan tuduhan kerana mencuri.-sumber,gambar

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda