-->

Adakah Zombi Memang Wujud Di Dunia Nyata? Ini Jawapannya



Sudah tentu ramai yang tahu tentang zombi, manusia yang telah mati tetapi hidup kembali. Walaupun ianya hanyalah cerita dalam sesebuah filem, rancangan TV atau permainan, pada hakikatnya makhluk seperti zombie ini memang wujud di dunia nyata malah ianya dialami oleh beberapa orang disebabkan keadaan masalah mental mereka. 

Pesakit akan merasakan mereka telah mati atau beberapa organ mereka tidak berfungsi dengan betul. Mereka mengalami delusi yang mengakibatkan perasaan seperti darah mereka tidak mengalir, tubuh mereka merosakkan dan tidak berfungsi dengan baik.

Orang Pertama yang mencipta nama mengenai penyakit ini adalah ahli neurologi Perancis yang dikenali sebagai Jules Cotard, dia menamakan  penyakit mental ini sebagai salah satu daripada 'The Delerium of Negation', yang merujuk kepada keadaan penyakit mental bermula dengan perasaan seperti kemurungan dan kecewa dan seterunya menjadikan ianya lebih kronik sekiranya tidak diubati. Walau bagaimanapun penyakit delusi ini lebih dikenali sebagai Sindrom Cotard atau Sindrom mayat berjalan.



Kes Sindrom Cotard atau mayat berjalan


Penyakit mental ini jarang berlaku terhadap manusia,ianya hanya berlaku pada sesetengah orang dengan nisbah yang sangat kecil. Salah satu kes yang telah berlaku akibat dari penyakit ini ialah  seorang wanita yang dikenali sebagai Mademoiselle X, yang merupakan seorang pesakit Cotard. Wanita ini merasakan bahawa beberapa bahagian tubuhnya hilang dan dia juga tidak mempunyai keperluan untuk makan, dia menganggap dirinya dihukum dengan tidak dapat mati secara semula jadi, tetapi pada akhirnya wanita ini mati akibat kelaparan.

Kes yang tebaru berlaku pada seseorang yang dikenali sebagai Graham yang mengalami penyakit mental selama 9 tahun. Dia sangat tertekan dan cuba membunuh diri dengan membawa perkakas elektrik ke dalam tab mandinya. 

Walaupun penyakit ini jarang berlaku di dunia tetapi kajian mendapati di Mexico, daripada 1,321 pesakit yang terlibat dalam kajian itu, kira-kira 0.62% daripadanya menderita penyakit ini. Dan di Hong Kong pula, sekitar 0.57% daripada 439 pesakit juga mengalami sindrom Cotard atau mayat berjalan.


Punca Sindrom Cotard atau mayat berjalan


Pesakit yang mengalami sindrom Cotard biasanya cuba menjauhi diri daripada orang ramai, mereka juga tidak mengambil berat tentang kebersihan diri mereka serta kesihatan mereka. Penyakit ini boleh dikatakan hampir menyerupai ciri-ciri penghidap skizofrenia, yang hilang perasaan mereka terhadap dunia nyata, walaupun begitu penderita penyakit Costard tidak lah mencapai tahap halusinasi.



4 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda