-->

10 Gambar Lama Menjadi Baru Di Edit Oleh Jurugambar Jane Long




Jurugambar yang dikenali sebagai Jane Long  seorang warga Australia telah menghidupkan semula gambar lama dengan cara yang lain daripada yang lain. 

Jane Long adalah seorang jurugambar dan artis seni yang tinggal di kawasan Brisbane Australia. Menurut Long, dia sedang mencari gambar yang boleh menguji kemahiran retouchingnya, dan apabila dia menemui akaun Flickr dari Costică Acsinte seorang jurugambar Romania yang mengambil gambar zaman dahulu antara tahun 1930-an dan 40-an.

Menurut Jane Long selepas dia melihat gambar lama ini, dia merasakan ada sesuatu yang perlu diperbetulkan dengan mengedit gambar lama tersebut dan dijadikan cerita untuk mereka. "Saya mungkin tidak akan pernah tahu kisah sebenar orang-orang dalam gambar ini tetapi dalam fikiran saya, mereka menjadi watak dalam kisah pemikiran saya sendiri," kata Long mengenai proses pemikirannya semasa mengedit gambar ini.

Oleh itu, gambar ini menjadikan Jane Long semakin dikenali ramai disebabkan kemahirannya menghidupkan semula gambar lama menjadi baru dengan cara yang menarik hati para pengujung di websitenya.-sumber

Gambar dibawah adalah hasil edit Jane Long yang menarik dan mengagumkan.