-->

4 Gambar Keunikkan Manusia Dari Seluruh Dunia

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai keunikkannya tersendiri. Jika Tuhan berikan kita kekurangan maka itu bukanlah satu kebetulan tetapi terdapat kelebihannya tersembunyi yang belum kita ketahui. 

Sesungguhnya kita mesti bersyukur atas segala yang diberikan oleh tuhan yang maha esa. Sesetengah orang di dunia ini yang telah diberikan kelebihan fizikal dalam bentuk para rupa yang cantik dan  tampan malah ada yang kaya raya, tetapi ada antara mereka tidak pernah bersyukur dan selalu merasakan ada sesuatu yang hilang dalam diri mereka. 

Akibatnya, mereka sanggup membuang duit dan masa demi mencari perasaan yang hilang itu sehinggakan ada yang merosakkan diri pada akhir pencarian mereka. Gambar dibawah ini mungkin dapat menginspirasi hidup anda bertapa bernilainya diri anda, walau pun ada sedikit kekurangan.

Fedor Jeftichew, lebih dikenali dengan nama Jo-Jo, beliau dilahirkan di Rusia. Fedor ini sebenarnya menderita dengan penyakit yang dikenali sebagai hipertrikosis, sejenis penyakit yang menyebabkan pertumbuhan rambut yang tidak normal pada badanya. Kumpulan sarkas yang dikenali sebagai Barnum kemudian mengajak Fedor untuk menyertai kumpulan mereka pada tahun 1884. Semenjak itu Fedor dikenali sebagai "The Human Skye Terrier". Tetapi sayangnya Jo-Jo tidak berpeluang untuk hidup lama, dia meninggal dunia lebih awal kerana mengalami penyakit pneumonia pada usia 36 tahun. 


Lelaki ini dikenali sebagai Francesco Lentini, atau yang popularnya "The King". Beliau dilahirkan di Silsilia, Itali. Uniknya Francesco ini dia mempunyai kelebihan iaitu mempunyai tiga kaki. Pada usia 8 tahun, Francesco berpindah dan menetap di Amerika Syarikat. Selama empat puluh tahun dia menjadi sangat popular disebabkan dia menyertai kumpulan sarkas yang terkenal termasuk Ringling Brothers. Dia sangat dihormati oleh pemain sarkas lain.

Putera Randian seorang lelaki yang menderita akibat penyakit tetra-amelia. Iaitu kehilangan sebahagian besar anggota antaranya kaki dan tangan, penyakit ini jarang berlaku pada manusia di seluruh dunia. Dengan bentuk badannya seperti ini dia mulai dikenali ramai sehinggakan beliau  membintangi beberapa filem genre seram pada tahun 1932.

Simon Metz juga terkenal kerana peranannya dalam sebuah filem pada tahun 1932. Dia mengalami gangguan neurologi yang dikenali sebagai Microcephaly. Disebabkan itu, penampilan fizikal Simon Metz sangat unik oleh kerana ia mempunyai saiz tengkorak yang kecil, berbanding dengan manusia normal.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda