-->

Cara Memanjangkan Umur Anda (5 Gambar )



Setiap manusia mahukan kesihatan yang baik dan diberikan umur yang panjang . Namun begitu, kita kadang-kala terlupa yang kita telah melakukan sesuatu yang membolehkan umur kita semakin hari semakin kurang, antaranya merokok.

Ramai antara kita menanggap senaman dan diet adalah cara untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan umur kita. Sebenarnnya terdapat cara lain, di bawah ini adalah cara mudah yang mampu kita lakukan untuk memanjangkan umur iaitu :



 1. Puasa

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan, anda pilih. Untuk pengetahuan anda baru baru ini terdapat kajian di Harvard menunjukkan bahawa puasa (menahan selera makan) dapat memanjangkan hayat manusia.

Secara teori, apabila  anda berpuasa, badan anda akan berlaku proses pembaikkan dalam angota badan. Sel-sel di dalam tubuh akan digantikan dari yang lama menjadi versi yang lebih baru.

Sesetengah penyelidik mencadangkan apabila anda berpuasa digalakan menjalani kemoterapi agar ianya boleh membasmi sel-sel kanser di dalam tubuh badan anda.


Sebenarnya, mereka telah mencuba kajian ini pada binatang iaitu tikus. Dan mereka percaya puasa adalah salah satu cara bagi memanjangkan hayat manusia.




2. Tidur Yang Cukup

Rata-rata manusia di seluruh dunia akan menghabiskan sepertiga dari hidupnya untuk tidur. Kita tahu bahwa tidur sangat penting untuk menjaga kesihatan mental maupun fizikal.

Manakala pula jika terlalu banyak tidur atau terlalu sedikit akan membahayakan tubuh badan manusia. Tidur tepat pada waktunya dan bangun tetap waktunya boleh memanjangkan hayat anda.


Kajian menunjukkan bahwa orang yang tidur selama enam jam atau kurang daripada 12% akan berisiko menghadapi kematian. Yang lebih mengejutkan lagi risiko ini meningkat menjadi 30% lebih besar bagi mereka yang tidur lebih sembilan jam. Oleh itu anda kena tidur tepat pada waktunya.




3. Memberus Gigi

Dokter gigi mengalakan kita agar mengambil masa dua minit untuk memberus gigi pada waktu pagi dan malam. 

Menurut kajian, memberus gigi dengan cara yang teratur (berus dan flossing) dapat mengurangkan risiko untuk mengalami penyakit sepertu diabetes, paru-paru dan penyakit jantung.

Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi mereka ada alasan tersendiri mengenai kebersihan gigi. Untuk pengetahuan anda di 
sekitar gigi kita ada terdapat banyak sisa-sisa makanan, dan akan mengwujudkan berjuta-juta bakteri di dalam mulut. Jika bakteri ini menemui jalan mereka ke saluran darah, mereka bebas untuk mencari tumpangan di sekitar tubuh anda. Oleh yang demikan anda perlu berhati-hati, dan pastikan anda memberus gigi dengan bersih.




4. Mempunyai Haiwan Peliharaan

Berita baik untuk anda yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Kepada pemilik anjing, anda bertanggungjawab untuk membawa haiwan kesayangan anda ini untuk berjalan-jalan, ini secara tidak langsung akan memaksa anda untuk bersenam.


Manakala pemilik kucing akan mengurangkan risiko bagi mengalami tekanan darah tinggi. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Minnesota Stroke Institute, risiko mengalami serangan jantung boleh dikurangkan dengan memiliharan haiwan. 




5. Menjalani Hubungan Sesama Manusia

Manusia adalah makhluk yang bersosial. Anda semestinya perlu  menjaga hubungan dengan rakan anda dan juga saudara mara agar anda boleh hidup dengan lebih baik ketika usia tua daripada individu yang lebih suka bersendirian.

Interaksi sosial adalah sangat penting untuk kesihatan mental. Pengasingan diri daripada berinteraksi adalah sangat berbahaya bagi manusia, dan ada yang mengangap ianya satu penyeksaan.

Sumber