-->

Anjing Yang Paling Garang Di Dunia (13 Gambar)



Anjing adalah haiwan jenis mamalia dan kebanyakkan anjing menjadi haiwan kesayangan manusia dan boleh didapati pelbagai saiz. Tetapi terdapat juga anjing yang  ganas dan garang, yang boleh membahayakan manusia. 

Menurut kajian, anjing bermula dengan serigala sejak 100,000 tahun yang lalu. Dan kajian ini tidaklah begitu tepat disebabkan kekurang sumber dan bahan kajian.  Oleh itu, anjing mulai berkembang menjadi beratus-ratus baka dengan pelbagai variasi. Dan setiap jenis anjing mempunyai keunikannya tersendiri.

Boleh dikatakan hampir semua anjing dalam dunia ini mempunyai sifat agresif dan ada jenis baka anjing yang berbahaya bahkan boleh membunuh mangsanya. 

Anjing yang ganas biasanya akan dipelihara sebagai anjing buruan atau penjaga. Jenis anjing ini memiliki saiz badan yang lebih besar dari anjing biasa dan mempunyai rahang yang kuat apabila menggigit sesuatu.

Gambar di bawah ini adalah anjing yang paling garang di dunia secara ringkas.

1. Anjing Caucasian Ovcharka



Jenis anjing yang sangat kuat dan berani . Pada mulanya anjing ini dipelihara sebagai melindungi ternakan, Caucasian jenis setia dengan tuannya. Tetapi sekirannya anjing ini tidak dilatih,  ia akan menjadi lebih ganas. 


2. Pitbull


Pibull dianggap anjing paling berbahaya di Amerika Syarikat. Anjing ini mempunyai rahang dan gigitan yang sangat kuat dan terkenal dengan tidak mudah melepaskan gigitan.

 Daripada banyak jenis anjing berbahaya, Pitbull adalah anjing yang paling terkenal kerana agresif mereka. Banyak kes serangan yang disebabkan oleh anjing jenis ini yang boleh membawa kecederaan dan kematian. 

Oleh itu, anjing jenis ini mestilah dilatih dan dijinakkan  dahulu dari usia muda bagi mengelakkan kemungkinan tingkah laku agresif akan berlaku.


3. Great Danes


Anjing ini lebih dikenali sebagai dogge Jerman kerana saiznya yang sangat besar. Untuk pengetahuan anda, pemegang rekod anjing paling tinggi di dunia ialah anjing yang dipanggil sebagai Zeus jenis anjing Great Danes.  Berukuran 111.8 cm dari kakinya sehingga bahunya. Tengok gambar di bawah ini..



Anjing ini boleh menjadi haiwan peliharaan sekirannya dijaga dengan baik. Anjing ini juga termasuk di antara kelompok anjing yang sangat emosional dan sensitif.


4. Alaskan Malamutes

Malamut Alaska atau malamut ialah satu baka anjing yang besar pada asalnya dibiakbakakan untuk kegunaan pemunggahan muatan berat kerana kekuatan dan ketahanannya. 

Selain itu, para rupa anjing  yang comel ini menjadi tarikan penduduk di Alaskan untuk memeliharanya. Namun begitu,anjing ini sangat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik. Berat anjing ini boleh mencapai lebih 50kg, cuba bayangkan jika anjing ini berada di atas badan anda. 



5. Siberian Husky


Anjing jenis baka serigala ini sangat jinak dan setia pada tuannya. Tetapi anda kena ingat sifat ganas dari serigala dahulu masih ada dalam darah daging anjing ini. 


Walau pun begitu, wajah anjing ini sangat comel dan boleh berubah-ubah menjadi marah, hairan, manja dan comel.

Sumber