-->

Sanggup Menggendong Bayi Selama 3 Jam




Kisah inspirasi yang menarik khasnya kepada guru-guru di luar sana. Kisah ini tular di media sosial, seorang pensyarah mengendong seorang bayi sambil mengajar di dalam kelasnya. Pensyarah ini dikenali sebagai Dr Ramata Sissoko Cisse.

Gambar Dr Cisse mengendong bayi ini telah dikongsikan oleh anak perempuanya yang dikenali sebagai Anna di Twitter beliau. Dr Cisse kini berusia 51, seorang profesor di Kolej Georgia Gwinnett yang terletak di Lawrenceville, Georgia. 



Kisahnya bermula pada ibu kepada bayi ini (seorang pelajar), beliau tidak dapat mencari pengasuh untuk menjaga anaknya dan dia terpaksa membawa anaknya ke kelas Dr Cisse semasa pembelajaran Biologi.

Menurut Dr Cisse, ibu kepada bayi ini telah terlepas satu kelas dan kali ini dia tidak mahu ketinggalan lagi. Oleh itu , Dr Cisse mengambil keputusan untuk membantu pelajarnya dengan mengendong anak pelajar ini selama 3 jam, sehingga tamat sesi pembelajaran.



Nampaknya cara Dr Cisse mengendong bayi ini sangat berbeza, menurut Dr Cisse di negara asalanya di Mali, ianya sudah menjadi kebiasaan dengan menggendong bayi di belakang menggunakan kain.



"Naluri semula jadi saya adalah mencari jalan untuk menenangkan bayi ini" -sumber