-->

Penyanyi Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia




Seorang penyanyi terkenal Datuk Nassier Wahab telah meninggal dunia pada jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.


Berita tersebut telah dikongsikan melalui aplikasi Whatsapp oleh rakan beliau yang seangkatan dalam industri hiburan tanah air, dikenali sebagai Zur Eda.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.


Untuk maklumat anda sebelum ini Allahyarham, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, Allahyarham berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.


Allahyarham juga pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Mari kita doakan semoga roh Allahyarham, ditempatkan di kalangan orang -orang beriman.-sumber
Cancel

Terima Kasih atas comment anda