-->

Lelaki Terima 55 Ribu Pucuk Surat Pada Satu Masa (3 Gambar)


Kisah kali ini berlaku di Twinsburg, Ohio, Amerika Syarikat , seorang lelaki telah menerim 55 ribu pucuk surat ke alamat rumahnya dan surat itu daripada sebuah syarikat pinjaman untuk pelajar.


Kisah ini bermula apabila seorang ayah yang dikenali sebagai Dan Cain cuba memohon pinjaman untuk anak di sebuha Syarikat Pinjaman Pelajar Avenue (Loan Student Avenue).

Setelah Cain menghantar permohonannya, beliau menanti jawapan daripada syarikat tersebut. Selepas beberapa hari, Cain menerima panggilan daripada pegawai Pejabat Pos Twinsburg. Pegawai tersebut memberitahu Cain yang mereka tidak dapat menghantar surat  ke rumahnya dan meminta Cain datang ke pejabat pos untuk mengambilnya sendiri.

Cain merasa terkejut, mengapa pegawai pos tidak dapat menghantar surat ke rumahnya?. Cain dengan kadar segera, dia terus pergi ke pejabat pos untuk mendapatkan surat tersebut


Setelah tiba di pejabat pos, Cain sangat terkejut yang dia menerima 55 ribu pucuk surat dari Loan Student Avenue. Surat itu diletakkan dalam sebuah beg besar, dalam jumlah 79 beg. dan setiap beg besar mengandungi kira-kira 700 pucuk surat yang beralamat ke rumahnya.


Apabila diperiksa dalam kandungan surat tersebut, didapati semuanya adalah sama sahaja. Iaitu mengenai status permohonan pinjaman yang dikemukakan oleh Dan Cain sebelum ini. 

Nampaknya Cain tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa membawa kesemua surat tersebut ke rumahnya. Cain memberitahu syarikat tersebut mengenai perkara ini, dan syarikat tersebut memohon maaf kepada Cain. Menurut syarikat tersebut, mereka mengalami masalah pada sistem memberi balasan surat kepada kilen mereka.-sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda