-->

Selepas Mesyuarat Parti Bersatu Semalam



Ini adalah kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam selepas bermesyuarat. Menurut Datuk Marzuki Yahya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dan pimpinan keluar Bersatu seperti yang diwar-warkan.


Menurutnya lagi, mereka masih berada dalam satu barisan dan akan mengharungi apa juga halangan serta rintangan.

"Kita akan menghadapi kemelut ini dengan baik.

"Malah keputusan untuk keluar Pakatan Harapan juga dibuat Presiden sendiri dan Majlis Pimpinan Tertinggi turut bersetuju serta akur dengan keputusan parti,"

Ketika ditanya mengenai kemungkinan menjalinkan kerjasama gabungan UMNO dan PAS, Datuk Marzuki Yahya berkata, setakat ini Bersatu belum berbincang lagi.

"Cuma jika mereka turut menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri kita berterima kasih.

"Dalam mesyuarat tadi kita juga sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun M sebagai Pengerusi Bersatu dan menyokong beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.-mymetro



Apa yang akan berlaku selepas ini?

Ini adalah kemungkinan yang akan berlaku selepas ini secara ringkas iaitu parti Bersatu akan berunding dan berbincang bagi membentuk Pakatan Harapan semula dan memilih calon untuk dijadikan Perdana Menteri.

Sekiranya parti-parti yang terlibat tidak berunding dan mencapai persetujuan untuk membentuk pakatan, perdana menteri perlu menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.


Atau

Dalam situasi sekarang, Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan dan pengganti tidak boleh dilantik menggantikannya kecuali mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ketika ini, YDPA bertindak seolah-olah penggal Dewan Rakyat sudah berakhir dan siapa yang mendapat kepercayaan majoriti dengan kuasa budi bicara baginda boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan Perkara 40 Fasal 2 (A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri; 

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; 

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini”.

Kaedah di atas boleh dibuat seperti mana pernah berlaku semasa pemerintahan di Perak selepas Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hilang sokongan majoriti, yang mana Almarhum Sultan Perak ketika itu menerima mengadap seorang demi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengetahui sokongan majoriti diterima. Kaedah ini boleh diguna pakai.

Kaedah lain adalah menerima dokumen bertulis, termasuk akuan bersumpah (SD) atau dokumen sesuai. Semuanya bergantung kepada perkenan dan kebijaksanaan YDPA.

Berdasarkan konsep tanggungjawab kolektif, Kabinet adalah satu entiti dan institusi yang dilantik melalui kedudukan Perdana Menteri yang berkuasa. 

Maka, secara teknikalnya Kabinet sudah tidak berfungsi.
Berdasarkan keperluan semasa, sebagaimana situasi selepas pembubaran Parlimen, Kabinet masih boleh berfungsi sementara dan mereka tidak perlu meletak jawatan atas kepentingan awam supaya tidak berlaku ruang vakum atau pun kekosongan dalam pentadbiran negara.
Cancel

Terima Kasih atas comment anda