-->

Tindakan Pakatan Harapan Selepas Pelantikan Muhyiddin Yassin


Apa yang Pakatan Harapan lakukan selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8? Ini adalah kemungkinan yang apa PH lakukan, seperti mana berlaku di negari Sabah pada tahun 2018.



Ingat lagi tak, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 selepas Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti mudah iaitu 31 kerusi hasil kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).


Bagaimanapun selepas 2 hari Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah, majoriti Tan Sri Musa Aman berkurang selepas 6 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyertai  Parti Warisan Sabah (WARISAN), untuk membentuk kerajaan baharu dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan ketika itu.


T.S Musa mendakwa yang beliau masih Ketua Menteri yang sah kerana tidak meletak jawatan, namun di pihak D.S Mohd Shafie mendapat sokongan majoriti selepas enam Adun BN menyokong pakatan pimpinannya (Warisan) menjadi asas untuk mengambil alih kerajaan.


Selepas itu apa yang berlaku? menurut bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Douglas Christo Primus, menjelaskan T.S Musa tidak boleh meminta Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Kerana apa? Ini kerana beliau tidak memiliki majoriti selepas 6 Adun BN menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN),untuk membentuk kerajaan pada 12 Mei 2018.

Apa yang Tan Sri Musa Aman boleh buat ketika itu? 

Beliau hanya cuma boleh mengadakan persidangan DUN untuk membuat usul undi tidak percaya kepada D.S Mohd ShafieUntuk Pengetahuan anda, pihak yang boleh memanggil PRN (Pilihan Raya Negeri) adalah mereka yang memiliki majoriti ketika itu. 

Di bawah ini adalah beberapa hujah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baru D.S Mohd Shafie. 


Menurut peguam T.S Musa iaitu Tengku Fuad Ahmad dan S Vanugopal, Yang di-Pertua Negeri tiada kuasa berdasarkan Artikel 10 (4) Perlembagaan Negeri untuk meminta Musa meletak jawatan atau menganggap Musa sebagai sudah meletak jawatan.

Katanya lagi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (ketika itu) juga tiada mempunyai kuasa bagi membenarkan Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu mengikut Artikel 6 (3) Perlembagaan Negeri memandangkan Musa sudah pun mengangkat sumpah.


Hal ini merujuk kepada pelantikan Musa sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018 dan selepas dua hari D.S Mohd Shafie pula di lantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada 12 Mei 2018.

Manakalah menurut Douglas Lind peguam D.S Mohd Shafie,  Musa tidak lagi memiliki majoriti selepas 6 Adun BN menyokong Warisan yang bekerjasama dengan DAP (6 kerusi) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki 2 kerusi.


Katanya juga, sesiapa saja yang mengawal DUN berdasarkan nombor (majoriti) akan menjadi kerajaan.-sumber



Jadi apakah tindakan Pakatan Harapan, kita tunggu dah lihat.

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda