-->

Sejarah Influenza Paling Teruk (12 Gambar)



Sejarah influenza paling teruk yang pernah berlaku di dunia antara tahun 1918 dan 1919. Sebelum itu, apa itu Influenza? Influenza adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti salur pernafasan. -sumber


Seperti selsema, maksud selsema? selsema atau selesema adalah salah satu gejala influenza selepas dijangkiti seperti : 


  • Demam
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak) 



Berbalik dengan jangkitan virus influenza, ianya telah merebak dengan cepatnya di seluruh dunia pada ketika itu. Influenza telah membunvh lebih daripada 50 juta orang dan kemungkinan  lebih 100 juta orang terbunvh  akibat jangkitan virus ini, dalam masa 15 bulan.

Kecepatan wabak influenza ini tersebar menyebabkan hospital dan proses pengebumian semakin hari semakin banyak, seperti mana yang berlaku di dunia sekarang (covid-19). Kebetulan Perang Dunia I di waktu itu semakin ke penghujungnya, berjuta-juta tentera telah pulang ke halaman masing-masing, dan ini membantu lagi wabak influenza untuk tersebar luas.

Wabak influenza ini mula diperhatikan di kawasan Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa bahagian di Asia sebelum wabak ini tersebar luas. Wabak ini dikenali ketika itu "Spanish Flu" ini kerana laporan pertama mengenai wabak ini di laporkan di Madrid Daily, surat kabar ABC. Namun begitu, Saintis percaya yang wabak ini bermula di Kansas, Amerika Syairkat.  

Semasa tahun 1919,  belum ada lagi vaksin berjaya dibuat bagai melawan wabak ini. Namun begitu, vaksi ini berjaya ditemui selepas melihat kesan samping pesakit akibat wabak influenza ini, antaranya wabak ini boleh menyerang paru-paru pesakit dan menyebabkan radang paru-paru.

Gambar dibawah ini adalah suasana yang berlaku ketika mereka berhadapan dengan wabak ini. Apa yang berlaku di zaman itu salah satu sejarah yang sangat dahsyat, wabak ini telah berjaya membunvh sehingga 6% daripada populasi manusia dalam masa setahun.-sumber


Gambar Jururawat British Red Cross di Flanders, sedang memakai topeng gas mereka, semasa serangan gas dari negara Jerman. 

Kedai gunting rambut diadakan di luar rumah untuk menghalang penyebaran penyakit wabak influenza. Gambar ini diambil di Universiti California, Berkeley, pada tahun 1919.

Kelas fizik, di University of Montana, Missoula, pada tahun 1919. Semasa wabak influenza menyerang. 

Amaran kesihatan mengenai influenza dari Anti-Tuberkulosis, poster ini dipasang di bahagian dalam kenderaan pengangkutan awam. 

Gambar di California pada tahun 1918. Spanish flu 1918 telah membunvh sehingga 50 juta orang di seluruh dunia dan gelaran pada zaman itu lebih dikenali sebagai  “the mother of all pandemics”.

Hospital kem tentera AS (Amerika Syarikat) di Aix-Les-Baines Perancis semasa Pervng Dunia I. Dianggarkan 20% iaitu 40 persen dari askar AS sakit, terutamanya jangkitan virus influenza, semasa pervng ini menyebabkan kesan besar terhadap kesediaan untuk berpervng.  

Suasana pesakit  Influenza di hopital Fort Riley, Kansas pada tahun 1918. 

Mahkamah diadakan di rang terbuka di San Francisco pada tahun 1918.  

Mereka sedang berdoa, semasa berlaku jangkitan Influenza di San Francisco, California. 

 Tentara Amerika Serikat bertopeng untuk mencegah influenza di Seattle pada Disember 1918. Tentara ini sedang menujuk perjalanan ke Perancis.

 Negara Jepun juga mengalami wabak ini, budak sekolah jepun memakai mask.

Jururawat sedang memeriksa nadi seorang pesakit di wad hospital Walter Reed di Washington, DC, pada November 1918.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda