( 12 Gambar) Topeng Muka Yang Menarik Dan Lawak


Semenjak berlakunya wabak covid-19 di seluruh dunia, pelbagai jenis topeng muka dikeluarkan. Dan ada yang kreatif, mereka mengubah suai bentuk topeng muka yang lebih menarik dan lawak seperti gambar di bawah ini.


Face Mask atau topeng muka adalah salah satu alat perlindungan diri yang boleh menghalang tubuh badan kita daripada terdedah kepada pencemaran udara dan debu. Penggunaan topeng muka juga menjadi salah satu untuk mencegah penyakit terutamanya penyakit yang muda menjangkit seperti batuk, selesema dan kini covid 19.


Terdapat beberapa kajian dijalankan mengenai keberkesanan topeng muka untuk melindungi risiko penyebaran virus. Ini terbukti dalam kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Infectious Disease

Kajian ini mendapati bahawa penggunaan topeng yang betul boleh mengurangkan risiko penyakit seperti selsesema sebanyak 80 peratus.

Untuk pengetahuan andaterdapat dua jenis topeng yang biasa digunakan, iaitu topeng pembedahan dan topeng N95.
Topeng pembedahan adalah sejenis topeng pakai buang yang sering digunakan oleh pegawai perubatan ketika melakukat pembedahan terhadap pesakit. Topeng pembedahan mudah dicari dan harga pun berpatutan.
Topeng jenis ini akan membantu melindungi anda dengan mencegah pendedahan kepada zarah besar di udara yang mungkin mengandungi virus. Namun menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), topeng pembedahan initidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.
Sementara itu, N95 adalah jenis topeng muka yang dibuat untuk menghalang zarah besar dan zarah kecil di udara yang mengandungi virus. Nama N95 berasal dari kemampuannya menyaring 95% zarah di udara.-sumber

Anda perlu ingat, 2 jenis topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan koronavirus.

Berbalik dengan koleksi topeng muka yang menarik, di bawah ini adalah beberapa gambar, topeng muka yang diubah suai oleh mereka. Ia nampak lagi "Cool" dan ada yang nampak pelik, tapi keberkesanannya tidak diketahui....












Klik Untuk Post Terkini

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda