13 Gambar Miniature Yang Comel Dari Tatsuya Tanaka


Sebelum itu, apa itu miniature? Miniature bermaksud kata sifat yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang sangat kecil. Dan gambar ini adalah hasil seni visual yang sangat comel dari seorang artis seni yang dikenali sebagai Tatsuya Tanaka, berasal dari negara Jepun.

Instagram @tanaka_tatsuya


Tatsuya Tanaka dilahirkan di Kumamoto jepun pada tahun 1981, dan kini dia merupakan seorang pengarah seni serta jurugambar mini yang berpusat di Kagoshima. Miniature yang dicipta oleh beliau ini mula popular di media sosial, kaca tv, buku-buku pada tahun 2011 yang dipanggil  "MINIATURE CALENDAR".  Dan hasil dari itu, terbitnya beberapa koleksi gambar miniature, yang bertajuk "MINIATURE LIFE," dan "MINIATURE LIFE 2," dan "Small Wonders" dan kini berada di pasaran.

Kenapa dipanggil Miniature calendar? sebenarnya idea ini bermula daripada komen seseorang di laman sosial instagramnya, yang menyatakan "I want to see the miniature calendar everyday". Jadi dari situlah, Tanaka cuba  memuat naik gambar miniature setiap hari di instagram beliau. Dari tahun 2011 sehingga kini 2020, jumpa gambar yang dimuat naik Tanaka di laman instagram lebih 4 ribu gambar, dan mereka yang mengikuti perkembangan Tanaka lebih dari 2 juta follower.


Untuk pengetahuan anda, gambar mini yang dihasilkan oleh Tatsuya Tanaka ini juga dikenali sebagai Diorama moden. Apa benda pula tu? 

Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama ini biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.

Manakala Diorama moden pula adalah objek yang bersaiz lebih kecil, dan ia menggunakan model skala dan landskap untuk mewujudkan adegan sejarah atau fiksyen. Orang yang pertama memperkenalkan diorama ini ialah Sheperd Paine. Sheperd Paine adalah seorang pembina model dan juga master diorama yang mula memperkenalkan diorama moden pada tahun 1970 kepada penggemar diorama. -sumber


Gambar di bawah ini adalah hasli karya seni miniature yang comel dari Tatsuya Tanak di laman instargramnya @tanaka_tatsuya. Comel tak?














Klik Untuk Post Terkini

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda