-->

Basmi Kuman Topeng Muka Dengan Periuk Nasi



Kisah ini berlaku di negara Taiwan, baru-baru ini kisah membasmi kuman pada topeng muka telah viral di media sosial, dengan mengguna periuk nasi. Ketua Pengarah Taiwan’s Food and Drug Administration (FDA) iaitu Wu Shou-mei, dan Central Epidemic Command Center (CECC), iaitu Chen Shih-chung, telah menunjukan cara bagaimana membasmi kuman pada topeng muka anda dengan hanya menggunakkan periuk nasi.


Caranya adalah, dengan mengambil periuk nasi, letakkan topeng muka anda di dalamnya dan kukus ia selama 3 minit. Setelah itu, tutup dan tinggalkan face mask selama 5 minit sebelum mengeluarkan face mask dari periuk tersebut.

Menurut Wu Shou-me, jangan  menuangkan air ke dalam periuk nasi bersama face mask, ini kerana ia akan merosakkan lagi topeng muka tersebut. Untuk lebih memahaminya, di akhir post ini anda boleh lihat video cara mereka memasak face mask menggunakkan periuk nasi.

Yang lebih menariknya, seorang lelaki dari Thailand yang dikenali sebagai Mai Phutti Sukadecha, mengambil keputusan untuk mencuba kaedah ini setelah melihat video tersebut, membasmi kuman face mask dengan periuk nasi.

Setelah dia mencuba, ini jadinya. -sumber







1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda