-->

Lukisan Robot Loga Media Sosial

 


Lukisan Robot Loga Media Sosial dari seorang pelukis yang dikenali sebagai Jake Parker. Lukisan ini berdasarkan logo media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Apa yang menariknya, lukisan ini berbentuk robot yang melambangkan loga media sosial.


Sedikit sebanyak mengenai Jake Parker, beliau adalah pencipta cerita pendek komik Amerika, artis konsep, ilustrator, dan animator. Parker bekerja sebagai pereka set untuk Blue Sky Studios di mana dia menyumbang untuk filem animasi Horton Hears a Who, Rio dan Epic.



Di bawah ini adalah hasil lukisan beliau, terdapat banyak lagi hasil karya beliau di laman instagram. Sekirannya anda berminat ingin mengikut perkembangan beliau, sila follow beliau Jake Parker


1. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Pinterest





Pinterest, Inc. ialah sebuah syarikat aplikasi web dan mudah alih yang mengendalikan sistem perisian yang direka untuk mencari maklumat di World Wide Web, terutamanya menggunakan imej dan, pada skala yang lebih kecil, GIF dan video. Laman web ini diasaskan oleh Ben Silbermann, Paul Sciarra dan Evan Sharp.



2. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Whatsapp




Whatsapp adalah Perkhidmatan Mesej perisian percuma dan platform terus dan suara IP yang dimiliki oleh Facebook. Aplikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara, serta panggilan video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna. Untuk pengetahuan anda whatsapp mulai dilancarkan pertama kali ininya pada Januari 2009, kira 12 tahun yang lalu.


3. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Reddit




Reddit adalah sebuah laman web himpunan berita sosial dan web perbincangan. Ahli komuniti berdaftar Reddit boleh menyumbang isi, seperti paparan teks.  Ahli berdaftar juga boleh mengundi sumbangan untuk mengatur kedudukan mereka di halaman tersebut. Mulai diasaskan pada 23 Jun 2005, Medford, Massachusetts, Amerika Syarikat


4. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Facebook




Siapa tak kenal facebook, sebuah rangkaian media sosial yang paling popular di dunia. Bermula 2006, facebook meletakkan syarat dengan membenarkan mereka yang berusia 13 tahun ke atas boleh sudah menggunakan facebook. Diasaskan pada Februari 2004, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.


5. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Spotify



Spotify ialah perkhidmatan penstriman muzik, siniar, dan video. Ia mulai dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober 2008, tapi ada asalnya spotify mula dibuat pada 23 April 2006, Stockholm, Sweden. Ia dibangunkan oleh Spotify AB di Stockholm, Sweden. 


6. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Snapchat




Snapchat ini adalah aplikasi pemesejan multimedia yang digunakan di seluruh dunia, yang dicipta oleh Evan Spiegel, Bobby Murphy, dan Reggie Brown, bekas pelajar di Universiti Stanford, dan dibangunkan oleh Snap Inc.


7. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Youtube




 Mesti anda semua tahun, youtube ini, sebuah lama web yang memaparkan video-video yang menarik untuk tontonan semua orang. Tak kira yang berdaftar atau pun tidak. Mulai dicipta pada tahun 2005 bulan Februari oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion. 


8. Lukisan Robot Loga Media Sosial -TikTok



TikTok ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian dari negara China dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video menarikt. 


9. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Discord


Discord adalah perisian pesanan segera yang membolehkan pengguna bercakap antara satu sama lain melalui Internet. Ia pada asalnya digunakan untuk pengguna yang bermain permainan video, tetapi sekarang digunakan oleh selain daripada mereka.



10. Lukisan Robot Loga Media Sosial -Instagram



Instagram merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Aplikasi ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger, dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda