19 March 2019

3 Gambar Kempen Menyedihkan Tentang Kehidupan Haiwan Laut

Menurut laman web ini, mereka berhasrat untuk menyedarkan masyarakat di seluruh dunia mengenai kepentingan penjaga alam sekitar dengan bermulanya kempen bergambar seperti ini.

Kempen iklan 3D ini dibuat hasil kerjasama antara Tribal Worldwide São Paulo dengan DDB Guatemala, yang membawa konsep, " “The plastic you use once tortures the oceans forever.” Iklan ini menunjukkan anjing laut dan penyu dalam keadaan kesakitan akibat plastik yang dibuang oleh manusia. 
Walau pun mungkin sebilangan kecil saja yang akan sedar akan kepentingan alam sekitar, ianya dapat mengurangkan lagi risiko kematian kehidupan laut. Menurut para saintis,
pada tahun 2050 akan ada lebih banyak plastik di lautan daripada ikan di laut.-sumber


Untuk pengetahuan anda, setiap tahun lebih kurang
5 trilion beg plastik akan dibuat dan digunakan di seluruh dunia, 13 juta daripadanya akan dibuang ke laut. Bagaimana pula Malaysia? Di negara kita dianggarkan secara purata sebanyak 9 bilion plastik digunakan oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun, dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan.-sumber

Di Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggar jumlah sisa pepejal meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020. -sumber


Menurut perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta itu pada dua tahun lalu. Kertas adalah pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta

Ingat, untuk setiap lima minit sehelai beg plastik dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput. -sumber

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.seashepherd.org bagi melihat kesan negatif lain akibat pembuangan beg plastik di lautan.

1 komentar

sedihnya tengok gambar tu...mohon rakyat malaysia lebih peka dengan benda2 macam ni

Terima Kasih atas comment anda
EmoticonEmoticon