-->

13 Gambar Jenis haiwan Yang Anda Tidak Ketahui


Pelbagai jenis kehidupan yang hidup dalam dunia ini. Antaranya  binatang, terdapat beribu-ribu jenis haiwan di luar sana yang wujud dan ada juga terdapat jenis binatang yang anda dan saya sendiri pun tidak tahu kewujudannya.

Antaranya jenis-jenis binatang yang mungkin anda tidak ketahui ialah :

The Pink Fairy Armadillo (Chlamyphorus Truncatus), atau dikenali sebagai Pichiciego, adalah spesies dalam golongan binatang armadillo yang paling terkecil.

Armadilo ialah sejenis binatang daripada spesies Dasy­podidae yang bersisik tebal, pandai mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang, biasanya terdapat di benua Amerika. Wikipedia


Kehidupan binatang The Pink Fairy ini biasanya ditemui dipersekitaran kawasan berpasir, bukit dan belukar. Anda boleh berjumpa haiwan ini di pertengahan negara Argentina. 


Persekitaran berpasir adalah tempat yang sangat sesuai untuk The Pink Fairy Armadillo, kerana mereka sangat suka menggali lubang. 


Dumbo Octopus adalah spesesi sotong yang hidup di dalam laut pada kedalaman 1000 hingga 4000 meter dari dasar laut. Sotong ini dipanggil ‘Dumbo’ kerana bentuk telinganya yang serupa dengan watak kartun gajah terbang.
Panjang binatang ini dalam 20 hingga 30 cm dan paling stong dumbo paling besar dijumpai sepanjang 1.8 miter dengan berat 5.9 kilogram. Cara makan sotong dumbo ini adalah sama dengan sotong-sotong lain iaitu dengan menelan mangsanya.-Sumber

Star-Nosed Mole adalah sejenis binatang yang tergolong dalam kelas tikus. Anda boleh menjumpai binatang di dikawasan tanah basah di bahagian utara Amerika.
Untuk pengetahuan anda Star-Nosed Mole ini mempunyai lebih daripada 25 ribu deria sensori yang sangat sensitif untuk membantunya bergerak. -sumber



 Venezuelan poodle moth adalah sejenis kupu-kupu yang baru ditemui pada tahun 2009 oleh Dr. Arthur Anker di Venezuela
Bulu yang terdapat pada binatang ini bertujuan untuk melindungnyav daripada kesejukan.-sumber


Blobfish adalah sejenis haiwan ikan laut yang lebih dikenali sebagai Latin Psychrolutes marcidus. Blobfish boleh didapati di perairan di Australia dan Tasmania pada kedalaman 600 hingga 1,200 meter dari paras laut. Blobfish ini baru saja ditemui oleh saintis di University of York, England pada tahun 2010. 

Untuk meneruskan kehidupan, blobfish tidak seperti ikan-ikan lain yang mengejar mangsanya dan memakannya.  Ikan ini hanya akan memakan makanan yang terapung seperti ketam, lobster atau organisma lain. -sumber