-->

6 Gambar Dan Video Yang Dulunya Viral Di Youtube




Pada tahun 2007 bermulalah era youtube dengan pelbagai video yang menarik, pelik, unik dan menghiburkan. Youtube menjadi salah satu laman web yang mesti di kunjungi, dan waktu itu facebook belum lagi popular dengan perkhidmatan videonya. Tapi kali ini sudah berubah, facebook menjadi nombor 1 bagi menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Apa tah lagi video yang sangat mudah dikunjungi dan mudah didapati. Tidak lupa juga bantuan dari app whatsaap yang menjadikan facebook lebih popular sehingga kini.


Tanpa perlu panjang lebar, mari kita imbas kembali sejarah video yang viral di youtube sepanjang tahun. 


Charlie bit my finger - again

Pada tahun 2007, video ini menjadi viral di media sosial terutamanya di youtube. Video ini dikenali sebagai Charlie bit my finger - again atau lebih dikenali sebagai Charlie Bit My Finger atau Charlie Bit Me. Sehingga tahun ini 2019 video ini masih lagi diminati lebih dari 867 juta yang menonton video ini. 


Video ini disukai ramai atas sebab "comel" melihat gelagat 2 orang adik beradik yang sedang duduk di kerusi. Video ini hanya 55 saat saja membuat ramai yang menyukainya. Jika anda melihat video ini tentu anda menyukainya.


Inilah wajah mereka sekarang, Harry (abang) kini berusia 15 tahun, dan adiknya Charlie pula berusia 13 tahun. Mereka masih tinggal bersama ibu bapa mereka dan masih bersekolah. Perbelanjaan sekolah mereka masih ditanggung oleh hasil dari video youtube ini. Lebih kurang 14 tahun sudah berlalu, mereka sangat bertuah.


Chewbacca Mom

Chewbacca Mask Lady juga dikenali sebagai Chewbacca Mom adalah sebuah video yang viral di internet pada tahun 2016. Video ini memaparkan seorang ibu dari Texas berusia 37 tahun dikenali sebagai Candace Payne. Apa yang menariknya video ini? reaksi gelak ketawa beliau terhadap suara yang keluar dari topeng Star Wars Chewbacca sambil memakainya. Untuk pengetahuan anda lebih 11 juta yang menonton video ini.


Dan ini wajah Candace Payne sekarang, dia kini seorang penyanyi dan dia berbanga dengan hasil videonya. 



David After Dentist

David After Dentist merupakan salah satu video yang popular di youtube pada tahun 2009. Bermula ketika bapanya David DeVore Jr mengambil rakaman video reaksi anaknya atas kesan daripada ubat yang diberikan oleh doktor selepas mencabut giginya. Sehingga kini jumlah penonton video ini lebih dari 138 juta views.


Inilah wajahnya sekarang, masih bersekolah.



The Bed Intruder Song


" Bed Intruder Song " adalah sebuah lagu yang dicipta oleh The Gregory Brothers dan penyanyi Antoine Dodson. Lagu ini dicipta hasil edit mereka dengan menggunakan Auto-tune. Auto-tune adalah sebuah alat untuk mengubah suara yang sumbang menjadi tidak sumbang.

Video asalnya adalah mengenai temu bual antara wartawan dengan seorang lelaki iaitu Atonie Dodson. Temu bual ini mengenai pencerobohan rumah dan cubaan merogol kakaknya. Apa yang menariknya temu bual ini adalah, gaya percakapan Atonie Dodson terhadap wartawan tersebut. Untuk pengetahuan anda lagu ini telah berjaya memasuki Billboard Hot 100 dalam carta ke 89 dan video ini telah di tonton sebanyak lebih kurang 142 juta views.


Ini adalah wajah Atonie Dodson terkini, dia sekarang giat bernyanyi.



Chocolate Rain

Chocolate Rain adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Tay Zonday . Video ini menjadi viral selepas dimuat naik ke YouTube pada 22 April 2007 dan bermulai dari situ video ini semakin popular, kini lebih 121 juta yang menonton video ini. "Chocolate Rain" disenaraikan sebagai video viral terpanas pada tahun 2007 oleh CTV dan mendapat Anugerah dari syarikat YouTube pada tahun 2008 dalam kategori "Muzik".




Kini beliau digelar seorang penyanyi, pelakon, pelawak, dan pesonaliti artis youtube.



Lagu Friday-Rebecca Black

Mungkin ada diantara anda mengenali lagu ini Friday yang dinyanyikan oleh Rebecca Black. Lagu ini sangat popular di media sosial, sehinggakan video ini berjaya menghasilkan 130 juta penonton. 

Walau pun begitu 3.4 juta daripada 130 juta tidak menyukai lagu ini, disebabkan  hampir serupa dengan lagu nyanyi Justin Bieber - Baby ft. Ludacris.

Walau pun tidak disukai ramai Rebecca Black tetap membuat lagu dan menjadikan dia kini sebagai seorang penyanyi terkenal.


Sumber