-->

12 Gambar Menarik Yang Diubah Suai Oleh Tommy Fung



Seorang artis seni dikenali sebagai Tommy Fung, beliau mempunyai kemahiran mengubah suai gambar kepada gambar yang menarik dan menghiburkan. Tommy Fung, sangat suka suasana kehidupan masyarakat Hong Kong ia kelihatan unik, namun terdapat juga segelintir masyarakat yang dilihat tertekan dengan kehidupan pekerjaan mereka. 

Oleh itu dengan adanya permasalahan seperti ini, Tommy  menjadikannya sebuah inspirasi kepada beliau untuk mengubah gambar yang lebih menarik dan menghiburkan terutamanya kepada masyarakat di Hong Kong. 

Menurut Tommy, dia mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 5 hingga  ke 6 jam dan kadang kala sehingga 16 jam lamanya untuk mengubah pada sesebuah gambar. Bagi Tommy, dia tidak kisah dengan masa yang diambil, tetapi dia lebih fokuskan pada penghasilaan gambar tersebut.

Seperti gambar di bawah ini yang dikenali "teksi terbang". Menurut Tommy, untuk mengambil gambar yang terbaik kadang kala dia terpaksa pergi ke tempat tersebut lebih daripada sekali. Untuk mendapatkan gambar teksi terbang ini, dia terpaksa menunggu masa selama 3 hari untuk mendapatkan gambar yang terbaik.-sumber

Memang kreatif Tommy Fung












Ada banyak lagi gambar yang menarik dan menghiburkan oleh Tommy Fung di akaun Instagram beliau sila klik sini