-->

Haiwan Saiz Besar (11 Gambar)

 

Gambar di bawah ini adalah gambar haiwan saiz besar. Kita tahu haiwan mempunyai pelbagai saiz, ada yang paling terkecil dan ada yang paling besar. Macam mana nak tahu haiwan saiz besar ini? dekatkan haiwan ini pada manusia, lihat bertapa besarnya saiz haiwan tersebut. 


1. Bison

Ini adalah haiwan yang dikenali sebagai Bison, haiwan ini kelihatan seperti kerbau. Bison biasanya tinggal di kawasan Eropah dan Amerika Utara. Ciri khas haiwan ini adalah mempunyai bulu atau rambut yang tebal di bahagian depan badannya, yang menjadikan penampilannya kelihatan lebih besar. Spesies bison yang bertahan hari ini adalah bison Amerika dan bison Eropah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar spesies bison lain yang diketahui, yang sayangnya kini semangkin pupus.


2. Wombat 


Ini adalah Wombat, haiwan jenis marsupial yang kecil. Apabila kita perhatikan haiwan ini,ia kelihatan seperti kacukan antara beruang, tikus dan khinzir, mempunyai kaki yang pendek dan berotot. Wombat berasal dari Australia, dengan panjang badan maksimum 1 meter dan berat boleh mencapai hingga 35 kg. 


Untuk pengetahuan anda, walaupun Wombat memiliki kaki yang pendek, haiwan ini mampu berlari berkelajuan sehinggat mencapai 40 km sejam, lebih pantas daripada Usain Bolt (manusia terpantas di dunia). 


Kehidupan Wombat kebanyakkany di waktu malam. Mereka biasanya tinggal di sarang pada siang hari dan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan, iaitu rumput, tanaman dan akar tumbuhan.


Mungkin Anda Berminat : Apa Yang Paling Besar Di Bumi Ini (8 Gambar)


3. Siput Gergasi

Siput Gergasi Afrika atau Giant African Snail adalah salah satu gastropod yang mempunyai cangkerang terbesar dan keras. Haiwan yang tidak mempunyai cangkerang dikenali sebagai lintah bulan.


Siput Gergasi Afrika ini mempunyai jangka hayat purata sekitar 5 hingga7 tahun. Bergantung pada tempat tinggal siput gergasi ini, sekiranya kawasan yang haiwan ini tinggal mempunyai sumber makanan yang cukup dan cuaca yang baik, kemungkinan haiwan ini boleh hidup lebih lama.


Untuk pengetahuan anda spesies siput air kebanyakannya beracun tetapi kebanyakan siput darat tidak. Jadi jika anda jatuh sakit setelah memakan siput darat, mungkin kerana ia tidak dimasak dengan betul atau anda mempunyai alahan tertentu.


4. Anjing Besar Baka Jerman

Mastif Jerman, atau dogge Jerman ialah satu baka anjing bela yang jinak. Baka anjing ini sangat terkenal kerana saiznya yang sangat besar. Pemegang rekod untuk anjing tertinggi dunia ialah  Zeus of Otsego  Menurut agensi berita AP, pengiktirafan ini dibuat dalam buku The Guinness World Records. Anjing ini memiliki ketinggian  1.120 meter dari kaki ke bahu haiwan tersebut.


05. Gajah Laut atau Anjing Laut Gajah

Ini adalah sejenis anjing laut yang besar dalam genus Mirounga. Terdapat dua spesies gajah laut, iaitu: Gajah Laut Utara dan Gajah Laut Selatan. Kedua-duanya diburu oleh pemburu haram, sehinggakan haiwan ini hampir pupus, pada akhir abad ke-19.


Mirounga angustirostris dikenali sebagai gajah laut utara kerana ia hidup di perairan Alaska ke Mexico. Sementara itu, Mirounga leonina disebut gajah laut selatan kerana ia hidup di perairan sekitar Antartika di kutub selatan.

Untuk pengetahuan anda, saiz kedua-dua haiwan ini berbeza, anjing laut gajah selatan adalah lebih besar berbanding dengan gajah laut utara. Panjang maksimum mereka boleh mencapai 6 meter dan berat hampir 5 tan! 


06. Kelawar Berkepala Tukul / Hammer-headed bat

Nama saintifiknya kelawar ini adalah Hypsignathus monstrosus. Kenapa dipangil kelawar berkepala tukul? sebab bila anda melihat wajah kelawar tersebut, ianya kelihatan seperti tukul.


Disebabkan wajah kelawar ini menakutkan, ramai orang menyatakan haiwan ini adalah rupa sebenar syaitan, dan ada yang mengelarkan haiwan ini sebagai “ Jersey Devil”. Haiwan tetap haiwan, seperti kelawar lain,sumber makanan kelawar berkepala tukul ini adalah buah buahan.


Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu dekat dengan haiwan ini, kerana ia adalah salah satu daripada tiga spesies kelawar Afrika yang dipercayai membawa virus Ebola -sumber .


07. Beluncas/ Ulat Gergasi 

Beluncas atau ulat bulu ialah bentuk larva dari ahli dalam order Lepidoptera (order serangga yang mengandungi rama-rama dan kupu-kupu).Ulat ini adalah larva Cecropia, atau juga dikenal sebagai Robin. Pada peringkat awal, larva ini berwarna hitam dan seliputi dengan bulu yang pendek. Apabila matang, ulat ini boleh memanjang kira-kira empat inci dan berdiameter hampir ¾ inci. 


08. Leatherback Turtle/ Penyu Leatherback

Leatherback Turtle adalah salah satu spesies penyu laut terbesar di dunia. Nama saintifik haiwan ini adalah dikenali sebagai Dermochelys coriacea. Saiz penyu dewasa, boleh mencapai sekitar 1.8 hingga 2.2 meter dan beratnya sekitar 250 hingga 700 kg. Pada tahun 1988, seekor penyu kulit gergasi yang diukur panjangnya 2 meter dan berat 900 kg dilihat di pantai barat Wales.


09. Salamander

Haiwan amfibi adalah sejenis haiwan yang boleh hidup di dua alam, iaitu darat dan air. Contoh amfibia yang paling terkenal adalah katak. Tetapi bagaimana dengan salamander? Adakah anda mengenali haiwan ini?


Mungkin Anda Berminat : Katak Terbesar Di Dunia (5 Gambar)


Seperti katak, salamander adalah amfibia. Walau bagaimanapun, haiwan ini kurang dikenali ramai kerana saiz spesies ini berbeza-beza. Salamander gergasi di Jepun adalah spesies amfibia terbesar di dunia. Haiwan ini boleh mencapai ukuran hingga 1.8 meter dan berat hingga 63 kg. Manakala Salamander terkecil adalah spesies Salamander Pygmy yang panjangnya hanya 1.7 cm sahaja.


10. Buaya Gergasi

Siapa tak kenal buaya, tapi ingat "buaya laut lebih baik dari buaya darat". Perkataan buaya dalam bahasa Melayu adalah dari perkataan leluhur bahasa Melayu-Polinesia iaitu "buqaya" yang bermaksud "buaya" dan juga boleh di maksudkan sebagai "tamak".


Anda berminat dengan gambar buaya? : Buaya Yang Terbesar Di Dunia (14 Gambar)


4 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda