-->

14 Gambar Ukiran Hujung Pensil Yang Amat Teliti Dan Menarik



Hampir semua pelukis artis dari seluruh dunia menggunakan pensil untuk melukis corak yang menarik bagi karya mereka. Tetapi berbeza dengan artis ini yang dikenali sebagai  Jasenko Đorđević yang dilahirkan di Tulza, Bosnia.

Jasenko menggunakan pensil itu sendiri sebagai objek karyanya. Dengan menggunakan pisau khas (X-acto), pahat kecil, dan kaca pembesar, Jasenko dengan berhati-hati mengukir hujung pensil tersebut. Walaupun bentuknya sangat kecil, tetapi hasilnya sangat menarik sehingga ianya seperti ukiran yang diperbuat daripada batu atau kayu yang besar.

Jasenko sendiri mengaku dia diilhamkan oleh pemahat terkenal Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Dalton Ghetti. Selepas melihat karya Dalton Ghetti,  Jasenko mula terinspirasi dengan mengukir pensil seperti Dalton Ghetti.-Sumber