-->

Lelaki Sanggup Mengubah Wajah Kerana Cinta (12 Gambar )


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Bryon Widner telah mengubah wajahnya dari wajah yang penuh dengan tattoo kepada wajah yang bersih tanpa tattoo, dan dia melakukan semua ini kerana cintanya pada isterinya dan anaknya.

Beliau adalah bekas neo-Nazi yang mempunyai tattoo hampir semua bahagian badannya dengan simbol Nazi, seperti perkataan 'Blood & Honour' di lehernya dan 'Thug Reich' di perutnya. Tetapi cinta mengubah sikap perkaumannya dan dia memutuskan untuk menghilangkan semua tatto dengan 25 pembedahan laser yang amat menyakitkan. 

Untuk menyingkirkan tatto pada tubuhnya, dia telah menghabiskan 16 bulan lamanya bagi menjalani 25 pembedahan laser yang menyakitkan.

Kos bagi menghilangkan tatto beliau memakan belanja 20,000 pound (dalam RM101,xxx). Mujurlah kos ini telah dibiayai oleh seorang anti-benci perkauman, yang tidak dikenali sehingga sekarang. 

Sebelum ini, beliau pernah mencuba larutan asid diwajahnya bagi menghilangkan tatto tersebut. Kesungguhan beliau menakutkan isterinya yang dikenali sebagai Julie, oleh itu Julie cuba meminta bantuan kepada kempen anti-benci orang berkulit hitam bagi mengatasi tatto di wajah suaminya.-sumber

Akhirnya beliau memulakan rawatan penyingkiran tatto pada tahun 2009 oleh Dr. Bruce Shack dari Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville. Menurut Dr. Bruce Shack ini adalah kali pertama dia menghapuskan dakwat tatto yang begitu banyak di wajah seseorang. Gambar di bawah adalah perubahan wajah lelaki kerana cintanya dan sayangnya pada isteri dan ananya.














Untuk pengetahuan anda, kisah Bryon Widner telah menjadi sebuah filem yang semakin popular pada tahun ini, video ini telah dinonton lebih 1 juta view . Filem ini dikenali sebagai "SKIN". Ianya berdasarkan kisah sebenar Bryon Widner.