-->

4 Cara Mengurangkan Tekanan Pada Mata Anda


Adakah anda sering merenung skrin komputer selama beberapa jam? atau melihat skrin smartphone di dalam bilik gelap? Jika ya, sila ambil perhatian! Ini kerana kedua-dua aktiviti ini boleh mengakibatkan tekanan terhadap mata yang membolehkan ketidakselesaan ketika melihat.

Keadaan ini, lebih dikenali sebagai tekanan mata. Ianya akan berlaku apabila mata menjadi tegang dan letih daripada melihat atau menatap sesuatu pada masa yang lama.

Biasanya, mata akan berkelip selama 15 kali dalam seminit. Tetapi apabila terpaksa menumpukan perhatian dan merenung sesuatu yang terlalu lama, mata akan berkelip dalam  5 hingga ke 7 kali sahaja dalam seminit.

Untuk pengetahuan anda proses berkelip pada mata amatlah diperlukan, kerana ianya berfungsi untuk membersihkan zarah debu yang memasuki mata dan melembapkan permukaan bola mata.

Terlalu lama memandu, membaca, menulis, dan menatap skrin komputer atau smartphone adalah aktiviti yang membolehkan anda mengalami keletihan mata dan menyebabkan tekanan pada mata. Terutamanya jika ianya tidak disokong oleh pencahayaan yang baik ketika itu.


Tekanan mata boleh membuat mata berasa kering , menyakitkan, berair , sakit, panas, dan gatal , bahkan menjadikan mata menjadi lebih sensitif terhadap cahaya dengan mudah. Di samping itu, tekanan mata juga boleh disertai dengan penglihatan berganda atau kabur.


Antara cara untuk mengurangkan tekanan pada mata anda adalah :




1. Tentukan Jarak Pelihatan Anda

Pastikan jarak skrin laptop, komputer, buku atau smartphone adalah dalam jarak 60 cm dari mata.


2. Gunakan Pelapik Skrin Atau Screen Protector

Tambahkan penapis skrin di komputer anda atau smartphone, supaya mata tidak terlalu lama terdedah kepada cahaya biru yang boleh menyebabkan tekanan mata.




3. Rehatkan Mata Anda

Jika anda melakukan kerja di komputer, beralih pandangan anda setiap 20 minit ke objek lain yang jauh. Perhatikan objek tersebut selama 20 saat, kemudian kembali bekerja. Seterusnya, setiap dua jam, rehatkan mata anda selama 15 minit.




4. Laraskan pencahayaan Persekitaran Anda

Jika skrin komputer, tv atau smartphone anda lebih terang daripada cahaya kawasan persekitarannya, maka mata akan bekerja lebih keras untuk melihatnya. Oleh itu, pastikan bilik atau kawasan persekitaran anda mempunyai pencahayaan yang cukup untuk aktiviti tersebut, tidak terlalu terang dam tidak juga terlalu gelap.


Sumber