-->

Buaya Yang Terbesar Di Dunia (14 Gambar)


Buaya adalah binatang purbakala yang masih hidup sehingga hari ini. Untuk menjadi buaya terbesar di dunia, binatang ini memerlukan habitat yang besar dan sumber makanan yang banyak.  

Dari zaman ke zaman pasti ada saja penemuan baru tentang buaya, mungkin masih ada lagi buaya yang sangat besar di luar sana yang belum lagi ditemuai. Gambar di bawah ini adalah antara buaya yang terbesar di dunia yang berjaya ditangkap. Kebanyakkan buaya yang berjaya di tangkap akan mati selepas beberapa bulan atau tahun.





Buaya ini dikenali sebagai Puento Noire salah satu daripada haiwan gergasi yang telah ditemui oleh manusia. Biasanya haiwan ini jarang dijumpai, kerana habitat mereka berada di kawasan perairan pedalaman yang terpencil. Buaya ini bersaiz lebih kurang 17.71 kaki atau 5.39 meter. Berdasarkan saiznya, haiwan ini mampu memakan mangsa yang lebih besar darinya termasuk manusia.



Gomek adalah seekor buaya berhabitat di kawasa air masin, dan memiliki saiz badan yang sangat besar lebih kurang 7.1 meter dan ianya masih mampu membesar lagi. Berat buaya ini dianggarkan dalam 1,114.27 kg. 
Gomek berjaya ditangkap oleh George Craig di Papua New Guinea. Dia dibeli oleh Terri dan Arthur Jones pada tahun 1985 dan disimpan di Ocala, Florida, selama lima tahun sebelum dijual ke Taman Zoologi Farm Alligator St. Augustine di Florida. Gomek meninggal dunia akibat penyakit jantung pada 6 Mac 1997. Pada masa itu, gomek adalah buaya paling tua, dan salah satu buaya yang terbesar ditangkap dan terselamat. Saiz terakhir gomek adalah 5.42 meter.



Cassius adalah buaya air masin yang diiktiraf sebelum ini oleh Guinness World Records sebagai buaya terbesar di dunia dalam penangkapan pada tahun 2011.


Tetapi kehilangan gelaran itu pada tahun 2012, kerana terdapat lagi buaya yang lebih besar dari Cassius.  Cassius memiliki saiz badan lebih kurang 5.48 meter panjang dan beratnya kira-kira 2,200 lb dan dianggarkan umurnya lebih dari 110 tahun. 



Buaya yang dikenali sebagai Brutus adalah buaya raksaa. Kerana ukurannya yang sangat besar dan setiap bulan semakin besar. 


Buaya ini dianggarkan mempunyai panjang dalam 5.5 meter dan dan beratnya 890 kg. Namun buaya ini tidak cukup sifat di bahagian kakinya.



Lolong adalah buaya terbesar yang berjaya di tangkap di sungai Bunawan di wilayah Agusan del Sur di Filipina pada 3 September 2011
Lolong adalah sejenis buaya air masin ( Crocodylus porosus ) yang berukuran dalam 6.17 meter panjangnya, dan beratnya 1,075 kg. Lolong meninggal dunia pada 10 Februari 2013, jam 8 malam  di dalam tahanan akibat dari radang paru - paru.


Buaya Kalia yang berasal dari Taman Bhitarkanika di negeri Orissa, India. Buaya ini tinggal di perairan air masin. Dan dianggarkan bahawa beratnya kira-kira 2000 kg manakala panjangnya 6 meter. Ketepatan pengukuran belum dapat disahkan, dan belum ada lagi gambar buaya Kalia, gambar di atas hanyalah hiasan.-sumber