-->

Jenis Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kesan Ketagihan Rokok


Bolehkah makanan membantu mengurangkan kesan ketagihan merokok? sebenarnya boleh, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Penyakit Terhadap Tembakau pada tahun 2017, mengawal permakanan sebenarnya boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangkan kesan ketagihan merokok. 

Untuk pengetahuan anda sebatang asap rokok boleh mengeluarkan kira-kira 7,000 bahan toksik. Bayangkan hanya dengan merokok sekali, telah merosakkan banyak saraf di mulut anda. Dan akibatnya, saraf di lidah dan hidung anda akan menjadi kebas dan hilang kepekaan deria rasa anda.

Antara makanan yang sihat bagi mengurangkan kesan ketagihan merokok anda ialah :



Susu

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nicotine and Tobacco Research pada tahun 2007 menyatakan bahawa susu boleh membantu menghilangkan rasa pahit pada lidah dari merokok. Kajian ini melibatkan 209 perokok, yang mana mereka ini diberi pelbagai jenis makanan dan menilai jenis makanan  yang mereka telah rasa sama ada ianya lebih baik rasanya atau tidak.

Dan hasil kajian ini menyatakan mereka memilih susu sebagai rasa yang terbaik pada lidah mereka.




Buah-buahan dan sayur-sayuran

Sekiranya anda ingin mengurangkan kesan ketagihan anda terhadap rokok, sila cuba pilih jenis sayuran dan buah-buahan kegemaran anda. Contoh buahan terbaik untuk anda seperti pear, epal, atau pisang yang banyak mengandungi antioksidan, vitamin, dan serat.

Kajian dalam jurnal Nicotine and Tobacco Research pada tahun 2013, bekas perokok yang suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan akan cenderung mengurangkan rasa untuk merokok. Malah, keinginan untuk berhenti merokok akan merasa lebih mudah dan senang berbanding dengan mereka yang jarang makan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Sama seperti susu, makan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu mengembalikan sensitif lidah. Dengan cara ini, anda tidak lagi mencari rokok apabila merasa tertekan dengan nafsu untuk merokok semula, sebaliknya beralih kepada sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih sihat.-sumber



Kacang

Salah satu cara mengurangkan kesan ketagihan merokok adalah dengan makan kacang. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine pada tahun 2015 mendedahkan bahawa orang yang makan makanan serat yang tinggi akan menurunkan berat badannya sebanyak 2.5 kilogram (kg) dalam masa sebulan.Makanan jenis serat yang tinggi bukan sahaja kacang, tetapi juga termasuk brokoli atau raspberi dan banyak lagi. 



Selain daripada memilih makanan untuk berhenti merokok, terdapat juga beberapa jenis makanan yang harus dielakkan. Ini kerana terdapat makanan yang boleh meningkatkan lagi ketagihan anda pada rokok.



Antaranya Kopi

Kopi sebenarnya menjadi salah satu kawan terbaik sambil minum kopi, sambil merokok.  Kandungan kopi dalam minuman  boleh merangsang anda kembali merokok. Oleh itu, elakkan jenis minuman ini supaya usaha anda untuk berhenti merokok akan tercapai.



Makan Makanan Rendah Kolori

Pakar-pakar kesihatan sebenarnya mendedahkan bahawa makanan rendah kalori  ini boleh menjejaskan kemahuan anda yang cuba menjauhkan diri daripada merokok.


Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychopharmacology pada tahun 2005, perokok yang mengurangkan 700 kalori dalam makanan mereka didapati lebih banyak merokok dari sebelumnya. 

Maka dengan ini, silalah amalkan jenis makanan yang boleh mengurangkan kesan ketagihan merokok anda. Dengan perlahan-lahan ia akan mengurangkan kesan ketagihan anda untuk merokok. Ingat semua ini mengambil masa, anda boleh melakukkannya. Zaman sekarang ini perokok tidak lagi kelihatan menarik di mata wanita.


Sumber