-->

Jenis Kereta Yang Dicipta Untuk Masa Depan (11 Gambar)




Pelbagai jenis kereta yang telah dicipta untuk masa depan oleh dunia automotif hanya untuk mengetahui siapa yang lebih hebat, dan lebih canggih antara syarikat automotif.

Dan dalam era teknologi serba canggih ini, kita masih lagi mencipta kereta yang berkonsep masa depan. Dan lihat apa yang berlaku sebelum ini, ciptaan mereka langsung tidak tepat pada kereta zaman ini.

Gambar dibawah ini adalah jenis-jenis kereta yang dicipta khas berkonsepkan masa depan.




1. Autobianchi Runabout Bertone (1969)

Kereta ini telah ditunjukkan di Pameran Motor di Turin pada tahun 1969. Pada masa itu, konsep kereta ini di inspirasi dalam bentuk bot dan bukannya sebuah kereta. Tetapi pada hakikatnya sekarang, kereta ini kelihatan seperti kereta mainan.





2. Italdesign Machimoto (1986)

Konsep kereta ini menjadi  konsep kereta terbaik pada tahun 1986.  Kereta ini mempunyai 8 tempat duduk dengan kedudukan yang terbuka, mempunyai empat roda dengan casis yang tahan. Kereta ini mempunyai sistem bahan api yang mesra alam dengan menggunakan biogas sebagai bahan bakar. Syarikat kereta terkenal, VolksWagen turut terlibat dalam penciptaan kereta ini. 






3. Chevy Astro III (1969)

Reka bentuk kereta ini sebenarnya lebih seperti gabungan bot dan jet. Badan kereta ini berbentuk seperti jet, bertujuan bagi mengurangkan rintangan angin dan mencapai kelajuan maksimum. Kehebatan kereta ini adalah dilengkapi dengan kamera mikro di sekeliling kereta, agar pemandu dapat melihat keadaan disekeliling kereta dengan mudah.





4. Ford FX-Atmos (1954)

Konsep Ford FX-Atmos pertama kali diperkenalkan di pameran kereta di Chicago pada tahun 1954. Kereta ini berbentuk aerodinamik yang mampu dipandu dengan stabil apabila dalam  kelajuan yang tinggi. Anda dapat lihat di tepi kereta ini, berbentuk sepasang peluru, sebenarnya ianya mengandungi enjin kereta. 





5. Bertone BAT 5 (1953)

Berlinetta Aerodinamica Tecnica 5 adalah jenis kereta yang berkonsepkan berat dan ringan, ianya bertujuaan bagi mencapai kelajuaan yang maksimum. Badan kereta terbuat dari campuran aluminium dan besi yang kuat tetapi ringan. Kereta ini boleh bergerak kelajuan 200 km / jam.