-->

7 Benda Yang Tak Masuk Akal Jutawan Beli



Macam ini lah jutawan, membeli apa saja yang mereka inginkan. Terlalu banyak duit, tak tahu nak letak mana, beli je lah kan. Sebenarnya mereka beli ini semua bukan lah membazirkan duit, tetapi sebagai pelaburan. Mana lah tahu, esok luas tiba-tiba jatuh bankrap masa inilah mereka akan jual apa yang telah mereka beli. Bijak tak?

Benda yang tak masuk akal ini, kadang kala sangat bernilai di mata jutawan. Di bawah ini adalah 7 benda yang tak masuk akal jutawan beli.



1. Akuarium Ikan Yu


Ramai orang kaya mempunyai akuarium yang mengagumkan di rumah mereka terutamanya jutawan seperti Steve Cohen. Pada tahun 2004, Cohen telah membeli ikan yu harimau kira-kira 14 kaki atau  4.2 meter panjangnya dengan harga 12 juta dollar atau RM 49,984,376.02. Hiu adalah karya kontemporari seni oleh seorang artis yang dikenali sebagai Damien Hirst.



2. Kediaman Ambani


Mukesh Ambani, anak Dhirubhai Ambani yang mewarisi kerajaan perniagaan penapisan minyak kini merupakan  salah satu orang terkaya di Asia. Dengan kekayaan yang melimpah-ruah, jutawan dari India ini menggunakan 1 bilion dollar untuk membina kediaman paling termahal di dunia.


Menurut Forbes , kediaman Ambani terdiri daripada 27 meter keluasan lantai dan dilengkapi dengan tiga landasan helikopter dan enam tempat letak kereta bawah tanah. Bukan itu sahaja, dalam kediaman Ambani terdapat bilik tarian, pawagam dan lif. Kira-kira 600 orang pekerja yang bekerja untuk menjaga rumah Ambani.


3. Kapal Superyacht Yang Mewah


Roman Abramovich dilaporkan mempunyai kapal layar yang bernilai  380 juta pound.  Superyacht mewah ini yang dimiliki Roman Abramovich adalah hasil buatan kapal yang terkenal, yang dikenali sebagai Jerman Blohm & Voss pada tahun 2010.

Kapal mewah yang bernama Eclipse ini, mempunyai tangki minyak yang boleh menampung satu juta liter bagi jarak 6,000 batu. 


Menurut laporan The Sun, Abramovich terpaksa membayar hingga 40 juta pound untuk memelihara kapal mewahnya Eclipse.

Di samping memiliki sebuah kapal mewah, Abramovich juga mempunyai tiga rumah di Perancis, empat kediaman di Rusia dan tiga hartanah di Amerika Syarikat.


4. Kapal Selam James Bond


Elon Musk adalah pengasas syarikat kereta elektrik Tesla. Pada tahun 2013, Elon Musk telah membeli kapal selam James Bond, Lotus Esprit pada harga 997 ribu dollar.


5. Manuskrip-Codex Leicester


Pada tahun 1994, Bill Gates membelanjakan 30.8 juta dollar membeli Codex Leicester, ianya adalah sebuah manuskrip 72 halaman yang dikumpulkan oleh Da Vinci pada awal abad ke-16. Manuskrip ini mengandungi nota pada gambar rajah, tulisan, sketsa dan gagasan polimik untuk penemuan masa depan.


6. Gambar Billy the Kid


Billy the Kid, tokoh Amerika legenda era Wild West. Gambar lama Billy the Kid ini adalah satu satunya gambar yang asli atau ori. Siapa Billy the Kid?

Billy the Kid dikenali sebagai penjahat legenda dalam dunia koboi Amerika. Dikatakan bahawa dia telah membunuh 21 orang. Menurut Sejarah "The Kid" dilahirkan atas nama William Bonney di New York City pada tahun 1859. Pada masa muda, dia dikabarkan telah bertempur melawan sekumpulan peternak kaya di Lincoln County Cow War di New Mexico, di mana ia akhirnya dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Sheriff Willam Brady.

Gambar ini telah dijual dengan harga $ 2.3 juta dollar di lelongan Denver, negeri Colorado, Amerika Syarikat. Gambar ini dipercayai telah dibuat pada tahun 1879 di rantau Fort Sumner, New Mexico.


Dan gambar ini telah di beli oleh jutawan yang dikenali sebagai William Koch. Menurut jurucakap lelong Melissa McCracken, harga $ 2.3 juta dollar yang dibayar di lelongan adalah enam kali darpada harga anggaran.


7. Lukisan Abstrak Ekspresionisme



Jutawan yang dikenali sebagai Ken Griffin sanggup membelanjakan hingga US $ 500 juta dollar untuk membeli dua lukisan abstrak ekspresionisme yang di buat oleh Jackson Pollock dan Willem de Kooning dari David Geffen Foundation.


Kenneth Cordele Griffin adalah pelabur Amerika, pengurus dana lindung nilai, dan dermawan. Beliau adalah pengasas dan ketua eksekutif firma pelaburan global Citadel, yang ditubuhkan pada tahun 1990.


Sumber