-->

Mengubah Gambar Hitam Putih Menjadi Berwarna (14 Gambar)




Seorang artis seni berusia 36 tahun dari Romania bijak dalam mengubah gambar hitam putih menjadi gambar yang berwarna, menjadi penarik minta orang ramai untuk melihatnya.

Bermula pada 5 tahun lalu,  beliau yang dikenali sebagai Jecinci telah melihat tutorial di laman YouTube secara kebetulan cara mengubah warna gambar. Kemudiaan dia cuba membuatnya sendiri, dan akhirnya dia berjaya. 

Bermula dengan mengubah warna gambar neneknya dan ahli keluarganya. Dan selepas itu, Jecinci cuba memberi tumpuan terhadap gambar potret yang lama, untuk memperlajarinya dengan lebih teliti. Dengan gambar seperti ini, ianya boleh meningkatkan lagi kemahiran seseorang untuk memahami cara bagaimana mengubah gambar berwarna seperti lanskap, adegan perang, kereta, kehidupan bandar,binatang dan pelbagai subjek yang lain.

Gambar di bawah adalah hasil gubahan dari Jecinci iaitu gambar yang asalnya berwarna hitam putih menjadi gambar yang berwarna atau gambar yang sebenar. Jecinci kini memiliki 9 ribu lebih pengikutnya di instagram beliau, dan lebih dari 300 post gambar.-sumber



 The Lumière Brothers (Louis sebelah kiri & Auguste di sebelah kanan) mereka berada di Laboratory, Lyon, France, Ca. 1925. Mereka ini adalah antara pembikin filem pertama dalam sejarah


 Albert Einstein memaki jacketnya Levi’s “Menlo Cossack”, 1938


 Eleanora Fagan, atau lebih dikenali sebagai Billie Holiday, adalah seorang penyanyi jazz Amerika yang berjaya dan hampir tiga puluh tahun dalam dunia seni. Billie Holiday bersama anjingnya iaitu Mister, February 1947

 Frank Sinatra ditahan, pada 27 Nov 1938. Pada tahun 1938, penyanyi Frank Sinatra ditangkap dua kali menurut New York Times menggambarkan sebagai "jenayah seks." Pertama, pada akhir November, dia ditangkap atas tuduhan rayuan, dan kedua, pada akhir Disember, dia ditangkap atas tuduhan perzinaan. Kedua-dua tuduhan tersebut telah di buang kes.



Pasangan Senator John F. Kennedy Dan Jacqueline Bouvier, santai bersama di Rumah Keluarga Kennedy di Pelabuhan Hyannis Cape Cod, Massachusetts Pada 4 Julai 1953


 James Byron Dean merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali dalam filem Rebel Without a Cause, East of Eden dan Giant. Dean meninggal dunia akibat kemalangan kereta. James Dean Dalam filem "Giant", 1956



Gambar wanita asli di Istana St. James, Pintu Utama Abad Ke-16, Semasa lawatan mereka Di London, 1935 


 World War 2 kapal terbang perang, 11 Disember 1942



 Charles Spencer Chaplin KBE adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris. Chaplin menjadi salah seorang pelakon dan pembuat filem, komposer dan pemuzik terkenal pada awal hingga pertengahan era sinema Klasik Hollywood di Amerika Syarikat. Charlie Chaplin dalam filem “Shoulder Arms”, 1918



 Albert Einstein ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi.



 Jackie Bouvier Kennedy Dan John F. Kennedy sedang memotong Kek Pada Perkahwinan mereka, 12 September 1953, Newport, Rhode Island



 Arnold Schwarzenegger semasa bertanding di Teater Istana Victoria Di London, Circa 1968



 Audrey Kathleen Ruston, lebih dikenali sebagai Audrey Hepburn, merupakan seorang pelakon dan dermawan British yang dikenali ramai.


Gambar muda Princess Diana Dengan binatang kesayangnya Guinea Pig Peanuts di The Pet Show Sandringham, 1972