-->

5 Makanan Yang Merosakkan Buah Pinggang


Buah pinggang  memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita, ini kerana fungsi buah pinggang ini adalah untuk membuang sampah yang tidak diperlukan dalam badan kita melalui air kencing, selain itu buah pinggang juga boleh menghasilkan hormon, dan menapis toksin.



Dengan memahami kefungsian buah pinggang atau ginjal, maka anda perlu bertindak mulai sekarang dengan mengurangkan 5 jenis makanan yang boleh merosakkan atau membahayakan buah pinggang anda.


1. Buah Avokado


Walaupun buah avokado ini sangat terkenal dengan khasiatnya namun begitu jika terlalu banyak dimakan, ianya boleh membahayakan buah pinggang anda, terutama jika anda sudah mengalami penyakit buah pinggang. 

Buah avokado mempunyai kadar kalsium yang sangat tinggi. Untuk pengetahuan anda fungsi kalsium dalam badan kita adalah 


  1. Membina semula tulang yang rosak, 
  2. Mengawal penguncupan jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh.
  3. Kalsium boleh bertindak sebagai penenang semula jadi yang dapat mengurangkan kesakitan.


Tetapi jika terlalu banyak kalsium dalam darah ianya boleh menyebabkan masalah serius seperti kekejangan otot dan degupan jantung tidak teratur.


2. Daging


Makan terlalu banyak daging boleh menyebabkan masalah buah pinggang, ini kerana protein haiwan boleh menjadi sangat sukar untuk dimetabolisme, dan boleh membebankan buah pinggang anda.

Untuk maklumat anda, daging mempunyai jumlah purine yang tinggi yang akan penghasilan asid urik, dan ianya merupakan salah satu punca yang menyebabkan batu ginjal.

Anda digalakan  makan lebih banyak sayur-sayuran dan kacang, kerana bahan-bahan ini mempunyai protein yang tinggi untu tubuh badan anda. 


3. Garam


Diet yang sihat perlu memasukkan maksimum 2,300 mg sodium per hari (kira-kira satu sudu teh garam).

Sekiranya anda makan terlalu banyak garam, buah pinggang anda perlu bekerja keras untuk menyingkirkan natrium berlebihan. Untuk memastikan buah pinggang anda sihat, anda boleh menambah herba dan rempah-rempah ke makanan anda dan bukannya menggunakan garam.


4. Buah Pisang


Jika anda merasakan diri anda mengalami masalah buah pinggang, pastikan anda kurang makan buah pisang. Ini kerana buah pisang mempunyai kalsium yang sangat tinggi. Bagi  orang dewasa yang sihat, mereka memerlukan kalsium lebih kurang 3,500 hingga 4,700 mg kalsium. Buah pisang mempunyai kandungan kalsium dalam agaran 537 mg iaitu 150 gram berat buah pisang.

Anda perlu ingat, jika anda mengalami penyakit buah pinggang, pengambilan kalium mesti lebih rendah kerana tubuh anda tidak dapat menyaring lebihan kalsium.


5. Susu


Walaupun produk ten susu di pasaran kaya dengan vitamin dan nutrien, namun jika terlalu banyak susu atau yogurt dan keju ianya boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada kebaikkan dalam tubuh badan anda.

Ini kerana jumlah fosforus yang tinggi dalam makanan boleh memberi tekanan pada buah pinggang anda. Selain itu juga, jika buah pinggang anda tidak berfungsi sepenuhnya, buah pinggang anda tidak akan dapat mengeluarkan fosfor tambahan dari darah anda dan ini boleh menyebabkan tulang anda menjadi nipis dan lemah dari masa ke masa serta boleh peningkatan risiko patah tulang.

Sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda