-->

7 Gambar Keadaan Negara China Pada Tahun 2050


Pada satu hari nanti keadaan negara China akan berubah dan China akan menjadi negara paling berkuasa di dunia pada tahun 2050 malah dapat mengalahkan negara Amerika Syarikat waktu itu menurut Benoit Cezard. 

Beliau percaya dengan perkembangan pesat China, pekerja asing Cina akan digantikan oleh orang barat (Amerika Syarikat), sehingga mereka terpaksa belajar kehidupan di negara China.

Siapa Benoit Cezard ini? beliau adalah seorang guru perancis yang menyukai bidang photografik. Beliau datang ke negara China pada tahun 2006, dan berkahwin dengan wanita china. Sejak itu, beliau kini menetap di kawasan Wuhan, ibu kota Wilayah Hubei, China.

Oleh kerana minatnya dengan dunia photografik, beliau mencipta karya dengan gambar yang menunjukkan perubahan budaya di negara china pada masa akan datang. Gambar di bawah ini menunjukkan tenaga buruh kasar di negara china telah bertukar menjadi tenaga buruh dari Amerika Syarikat, yang berkerja di china. Inilah pandangan beliau terhadap masa depan negara china di tahun 2050. - Sumber

Ini hanya pandangan beliau sahaja, tetapi bila kita lihat keadaan ekonomi sekarang negara china semakin meningkat. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku.