-->

6 Jenis Haiwan Yang Disalah Anggap


Haiwan yang disalah anggap biasanya disebabkan kita hanya  mendengar kisah atau cerita mengenainya. Sama ada berdasarkan cerita dongeng atau pun cerita kartun (media masa). 

Mungkin dengan post kali ini, dapatlah sedikit sebanyak membantu anda mengenal haiwan yang kerap kali disalah anggap. Mungkin ada yang tepat tanggapan anda, mungkin juga tidak.

Gambar dibawah adalah jenis haiwan yang disalah anggap segelintir masyarakat.


1. Anai-anai 



Kalau anda perhatikan cerita kartu, anda pasti pernah melihat bagaimana anai-anai memakan pokok kayu dengan mudah dan cepat, tetapi hakikatnya tidak. 

Menurut laman Orkin.com bagi menghabiskan kayu yang berukuran 1 meter, anai-anai memerlukan lebih kurang 60 ribu anai-anai dalam masa 6 bulan. Selain itu juga anai-anai boleh memakan rumput, cendawan, akar pokok dan banyak lagi. 


2. Semua Semut Rajin


Satu kajian telah dibuat pada tahun 2015 oleh penyelidik dari University of Arizona bagi mengenal pasti 250 ekor semut jenis Temnothorax rugatulus di Amerika Utara. 

Dalam pemerhatian, penyelidik mendapati semut yang bersaiz besar akan menghabiskan 5 jam atau setengah hari untuk tidak melakukan apa-apa perkerja (rehat,diam,relax). Ini disebabkan semut yang bersaiz besar ditugaskan sebagai pembekal makanan untuk semut kecil (pekerja). Semut yang kecil akan menuju ke semut besar untuk mendapatkan makan mereka.

Jadi, boleh dikatakan tidak semua semut rajin bekerja kan.


3. Jerung Sensitif Dengan Darah



Melalui filem, kita dapat lihat jerung begitu sensitif dengan darah. Sekirannya jerung ini terlihat atau terasa darah mengalir di air, maka jerung ini akan segera kearah darah tersebut dan mengharap ianya adalah makanan.

Sebenarnya tidak lah seberapa tepat mengenai jerung dalam filem tersebut. Menurut kajian, tahap sensitif bau bagai ikan jerung adalah lebih baik daripada ikan lain. Namun begitu, bagi mengesan bau darah, ikan jerung memerlukan saiz darah 1/25 ppm. 

Persamaan setitik darah pada kolam renang yang kecil, sedangkan lautan sangat luas. Jadi anda bayangkanlah macam jika berada dilautan, berapa banyak darah diperlukan untuk ikan jerung ini mengesannya.


4. Buaya Pandai Menangis



Agaknya anda pernah lihat air mata seekor buaya? biasanya tanggapan buaya pandai menangis ini semasa dia memakan mangsanya. Adakah buaya itu menyesal atau sedih makan mangsanya?

Menurut Science Daily, buaya memang mengeluarkan air mata ketika dia memakan mangsanya (mengunyah). Ini disebabkan rahang merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata buaya. Maka buaya tidaklah sedih bila memakan mangsanya, harap maklumt.


5. Sloths Pemalas



Sememangnya, sloths adalah jenis haiwan yang sangat perlahan. Kelajuan tertinggi haiwan ini adalah 0.24 kilometer per jam, menurut laman Planet Satu Kind oleh kerana binatang ini jarang bergerak, bulu mamalia terlalu besar.

Bukan itu sahaja, metabolisme haiwan ini sangat lambat, iaitu separuh kelajuan mamalia lain. Jadi, mereka sebenarnya tidak lah pemalas. Sloth memang dilahirkan jenis haiwan yang perlahan.


6. Labah-labah Hitam Merah


Tentu anda pernah melihat jenis labah-labah ini bukan. Atau pun anda pernah melihatnya di kaca TV. Biasanya labah-labah hitam merah ini dianggap sebagai labah-labah yang paling berbahaya di dunia.

Ya, memang benar, labah-labah ini sangat berbahaya terutamanya bias yang dikeluarkan oleh labah-labah ini. Ianya boleh membawa maut pada manusia, namun begitu labah-labah jenis ini sebenarnya tidak agresif terutamanya terhadap makhluk yang lebih besar darinya. 

Manakala gigitan labah-labah ini sangatlah jarang, malah gigitan berbisanya pula lebih jarang digunakan. Dan kebiasannya makhluk yang berisiko terhadap labah-labah ini seperti bayi, orang tua atau mereka yang tidak dapat bergerak (koma).

Maka jangan terlalu risau, risau lah  sikit-sikit .... 


Sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda