-->

Anjing Berenang Sejauh 220 KM (4 Gambar)


Kisah inpirasi ini berlaku di negara Thailand mengenai seekor anjing yang berenang sejauh 220 kilometer dari pantai Thailand menuju ke sebuah pelantar minyak.  



Pekerja yang dikenali sebagai Rig Vitisak Payalaw, memberitahu yang rakan sekerjanya telah melihat seekor anjing sedang berenang menuju ke arah paltform mereka. Anjing tersebut cuba berpaut pada tiang yang berada di plantar minyak tersebut tetapi gagal. Ini disebabkan gelombang air di kawasan plantar minyak itu menyukarkan anjing tersebut.

Menurut Payalaw, jika saya tidak membantunya dengan cepat, kemungkinan anjing ini akan mati lemas. Payalaw menggambarkan keadaan anjing tersebut sangat memilukan, kelihatan matanya sangat sedih. Mereka cuba membantu anjing ini dengan melontarkan tali di sekeliling anjing tersebut dan menariknya. 


Sebaik saja anjing itu berada di platform mereka, mereka terus memandikannya dan memberikan minuman. Anjing ini diberi nama sebagai Boonrod yang bermaksud "selamat".


"Dia kelihatan sangat letih dan kehabisan tenaga. Dia tidak banyak bergerak, dan dia terpaksa duduk sepanjang masa.""kata Payalaw.  

Pada pukul 10 pagi, Boonrod telah dibawa ke darat dan diberikan kepada kebajikan Watchdog Thailand. Boonrod kemudian dipindahkan ke klinik haiwan di wilayah Songkla Thailand.


Payalaw berkata pada laman Facebooknya bahawa Boonrod akan diberikan perlindungan sementara di rumah anjing tersebut sehingga ia pulih. -Sumber

Cancel

Terima Kasih atas comment anda