-->

Kisah Inspirasi Pasangan Suami Isteri Demi Anak (9 Gambar)


Kisah Inspirasi kali ini mengisahkan pasangan suami isteri yang sanggup mengumpul botol plastik demi menampung perbelanjaan  anak mereka untuk pergi ke Universiti. Pasangan ini dikenali Jiagu Zhu dan isterinya Jianying Liu. Mereka tinggal di kawasan bandar bandar Hengyang, Wilayah Hunan, China. 



Menurut Jiagu Zhu pada tahun 2004 dia dan isterinya telah menyewah sebuah kilang untuk membuat kitar semula bahan plastik yang mereka kumpulkan. Dan semenjak itu, pasangan ini akan cuba mencari botol plastik sehari dalam 7,000 botol dan manakala pada hari perayaan atau hari besar mereka akan dapat mengumpul lebih banyak botol plastik, lebih kurang 10,000 botol plastik dalam masa sehari.

Setiap tahun, mereka berjaya memproses kita semula sehingga 20 tan botol plastik atau 900,000 botol plastik. Selain itu mereka juga mengendalikan bahan berasaskan plastik yang boleh dikitar semula, yang juga boleh mencapai 20 tan setahun.




Bagaimana mereka mengumpul begitu banyak botol plastik? Menurut Jiagu Zhu, dia akan mulakan harinya dengan berjalan di kawasan tepi jalan raya atau lorong-lorong yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melalui jalan tersebut. Manakala isterinya pula berada di kilang untuk mencuci dan memisahkan botol plasti agar dapat membuat proses selanjutnya.



Untuk pengetahuan anda, dengan hanya mengumpul botol plastik setiap hari  pasangan ini telah berjaya menghantar salah seorang anak mereka ke negara Jerman bagi melanjutkan pelajarannya dalam peringat PhD. 



Cancel

Terima Kasih atas comment anda