-->

9 Gelagat Selebriti Melayan Paparazzi



Macam-macam gelagat selebriti melayan paparazzi ini, mereka membuat demikian kerana terlalu bosan dengan buruan paparazzin terhadap mereka. Bagi oohsenyum, lebih baik melayan kehendak paparazzi tetapi jangan selalu sangat, kerana mereka akan mendapat hasil percuma dari selebriti tersebut.





Untuk pengetahuan anda Paparazzi dalam bahasa Itali dikenali sebagai paparattsi, mereka ini adalah jurugambar yang bebas mengambil gambar atau video orang yang berprofil tinggi seperti pelakon , atlet,ahli politik, dan selebriti. Mereka akan mengambil gambar atau video secara sembunyi-sembunyi, terutamanya semasa selebriti ini menjalani kehidupan harian mereka seperti masyarakat biasa. 

Tujuan paparazzi ini mengambil gambar atau video adalah kerana mereka ingin menjualnyanya kepada media sosial terutamanya kewartawanan dan majalah gosip. 


Namun terdapat undang-undang yang telah dibuat untuk membatasi tingka laku paparazzin ini. Bagi mengutamanya kehidupan peribadi selebriti dan juga keluarga mereka. 


Gambar di bawah ini hasil dari gambar paparazzi terhadap selebriti popular, dan lihat gelagat selebriti melayan paparazzi.




Seleberiti Thomas Grant Gustin, atau lebih dikenali sebagai Grant Gustin, seorang pelakon dan penyanyi Amerika. Dia dikenali dengan watak Barry Allen dalam siri filem The Flash dan watak filem siri Glee sebagai Sebastian Smythe.

Ketika ini beliau baru saja tiba di lapangan terbang airport Vancouver, British Columbia. Beliau tidak mengetahui , yang paparazzi sedang menantinya.  Namun kerana beliau dalam keadaan ceria,  Grant Gustin membuat gayanya sendiri, demi melayan paparazzi.



Beliau dikenali sebagai Dustin Lee Hoffman seorang pelakon Inggeris yang sangat popular ketika ini. Antara yang dilakonkan oleh Hoffman dalam movie Kung Fu Panda.

Oleh kerana pengalaman beliau terlalu lama di dunia seni, lebih kurang 50 tahun. Beliau menganggap paparazzi ini sebagai gurauan beliau, ini menjadikan beliau semakin popular. Lihat gaya beliau sangat menghiburkan.



Leonardo Wilhelm DiCaprio merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. DiCaprio memulakan kerjaya lakonannya dengan muncul dalam iklan televisyen pada awal 1990-an. Antara filem beliau yang popular ialah Titanic 1997.

Beliau dari kecil diburu oleh paparazzi sehingga kini, lihat gaya Leonardo. Sanggup menutup wajahnya dari diambil oleh paparazzi. Ini kerana wajah selebriti sangat berharga dan bernilai apabila berjaya diambil gambar.



James Eugene Carrey di lahirkan 17 Januari 1962), beliau adalah seorang pelakon, pelawak, penulis, artis dari Kanada. Antara filem popular beliau adalah  Ace Ventura: Detective Pet (1994), Dumb and Dumber (1994), The Mask (1994), dan banyak lagi.

Gambar Jim Carrey bersama temannya Jenny McCarthy, yang sedang menikmati suasana pantai di Malibu, California. Sebelum gambar ini diambil, Jim ketika itu berpakaian biasa. Namun setelah mereka nampak paparazzi, Jim bersembunyi dan beberapa minit kemudian, muncul Jim dengan berpakaian seperti di atas. 




Gerard James Butler ialah seorang pelakon Scotland,  beliau terkenal di televisyen, pentas, dan pelakon suara yang terkenal dengan peranan beliau di filem 300, Law Abiding Citizen, PS, I Love You, Dracula 2000, Coriolanus dan London Has Fallen. 

Ketika ini beliau sedang makan bersama rakannya. Sebagai manusia biasa, dia kadang kala tidak menyukai sikap paparazzi yang selalu mengambil kesempatan terhadap kehidupan peribadinya. Dengan ini, dia cuba mengambil gambar mereka (paparazzin) oleh kerana terlalu marah dengan sikap mereka ini.




Cara Jocelyn Delevingne ialah seorang model fesyen, pelakon dan penyanyi Inggeris. Beliau dilahirkan di London pada tahun 1992. Antara filem popular beliau adalah Suicide Squad 2016. Ini wajahnya apabila dia melihat paparazzin cuba mengambil gambar beliau. 


Emma Stone dan Andrew Garfield adalah salah satu selebriti yang paling digemari sekali.  Emily Jean Stone atau lebih dikenali sebagai Emma Stone ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Merupakan salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia pada 2015. 

Manakalah Andrew Russell Garfield di lahirkan pada 20 Ogos 1983,  adalah seorang pelakon British-Amerika. Beliau telah banyak menerima anugerah penghargaan , termasuk Tony Award. Kedua-dua pasangan ini terlibat dalam sebuah filem popular iaitu The Amazing Spider-Man.

Lihat saja gaya mereka melayan paparazzi ini, mereka mengambil kesempatan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menggunakan kad yang mereka tulis. Bijak tak...



Benedict Timothy Carlton dilahirkan 19 Julai 1976 seorang pelakon Inggeris. Seorang graduan Victoria University of Manchester , beliau melanjutkan latihannya di Akademi Muzik dan Seni Drama London , dan kini memperoleh Master of Arts.



Antara filem yang popular beliau adalah Doctor Strange dan Avengers. Ketika gambar ini diambil oleh paparazzi, beliau bersama temannya sedang menjamu selera di sebuah restoran. Dan apabila beliau sedar yang paparazzi cuba mengambil gambarnya, inilah cara beliau mengatasi buruan paparazzi. Gambar ini diambil pada tahun 2014.



Cancel

Terima Kasih atas comment anda