-->

7 Gambar Yang Anda Tidak Pernah Lihat


Kali ini oohsenyum ingin kongsikan gambar yang anda tidak pernah lihat selama ini. Mungkin juga anda pernah melihatnya tapi tidak mengetahui maklumat disebalik gambar tersebut.





Seorang gadis berkulit hitam yang menghadiri sekolah beliau dikenali sebagai Dorothy Counts-Scoggin. Beliau seorang tokoh hak sivil Amerika yang merupakan salah seorang pelajar kulit hitam yang pertama yang diterima di Harry Harding High School, di Charlotte, North Carolina. 




Kathrine Switzer sedang dihalang daripada melakukan Marathon Boston. Dia adalah wanita pertama yang menamatkan marathon pada tahun 1967. 



Sepanjang larian tersebut, lelaki dikenali sebagai Jock Semple cuba menghentikan Kathrine Switzer. Walau bagaimanapun, Jock Semple telah ditolak oleh teman lelaki Switzer, iaitu Thomas Millera yang sedang berlari bersama Switzer.

Dan pada tahun 1972  wanita telah diberi kebenaran untuk mengikuti larian Boston secara rasmi.




Elvis Presley sedang menunggu makanan daging dan telurnya di disebuah kedai makanan, pada masa tengah hari berdekatan kawasan stesen kereta api. Manakala seorang wanita berkulit hitam sedang menunggu sandwichnya - Chattanooga, Tennessee, 1956

Elvis Aaron Presley ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan idol yang sering dikenali sebagai Elvis atau "Raja Rock 'n' Roll".




Seorang artis popular yang dikenali sebagai Marilyn Monroe, beliau merupakan seorang pelakon wanita, peragawati serta penyanyi di Hollywood. Beliau terkenal dengan lakonannya sebagai watak blomb bombshell. Beliau juga pernah menerima Anugerah Golden Globe. 

Gambar tersebut diambil pada tahun 1957, Marilyn Monroe sedang membeli belah sementara peminatnya sedang melihatnya dari luar tingkap.




Edmund Hillary dan Tenzing Norgay adalah orang pertama yang berjaya kepuncak Gunung Everest. Sepasang pendaki dari dua negara yang berbeza telah membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan manusia dapat menghadapi halangan jika dilakukan dengan baik dan berkerjasama.

Edmund Hillary dilahirkan di Auckland, New Zealand, pada 20 Julai 1919. Beliau adalah bekas anggota Angkatan Udara New Zealand semasa Perang Dunia II. Pengalaman pendakian pertamanya berlaku ketika dia memanjat Gunung Alp di New Zealand.

Manakalah Tenzing Norgay dilahirkan di Solo Khumbu, Nepal, pada bulan Mei 1914. Dia adalah pendaki profesional dari masyarakat Sherpa di kaki bukit Everest. Antara 1935-1952, Tenzing telah mengambil bahagian dalam pelbagai ekspedisi pendakian yang dijalankan oleh pasukan dari England, Perancis dan Switzerland.




Gambar ini adalah gambar pertama Abraham Lincoln  iaitu pada tahun 1846 atau 1847, jurugambarnya ketika itu ialah  Nicholas H. Shepherd. Abraham Lincoln ialah seorang ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-16. Beliau berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1861 hingga 1865.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda