-->

Hidung Terpanjang Di Dunia (4 Gambar)



Seorang lelaki yang berasal dari Turki telah memecahkan rekod dunia sebagai pemilik hidung  yang terpanjang di dunia. Rekod ini telah dimasukkan ke dalam Guinness World Records di mana hidungnya telah direkodkan menjadi ciri hidung terpanjang di muka manusia.



Lelaki ini dikenali sebagai Mehmet Özyürek yang berasal dari Turki, beliau telah muncul di kaca televisyen pada 18 Mac 2018. Rancangan tv yang dikenali sebagai Lo Show dei Record, di mana terdapat beberapa peserta yang bersaing bagi menunjukkan kelebihan hidung masing-masing. Ketika itu, Mehmet salah satu peserta dan hidung beliau paling lama diukur ketika itu.



Panjang hidung Mehmet adalah 8.8cm. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa dari Guinness World Records melaporkan bahawa Mehmet mungkin bukan pemilik hidung yang terpanjang di dunia.



Berdasarkan laporan pada tahun 1770-an, terdapat seorang sarkas dari England yang dikenali sebagai Thomas Wedders yang juga dikenali sebagai hidung terpanjang di dunia dan saiznya mencapai 19 cm.



Cancel

Terima Kasih atas comment anda