Landak Mini Yang Paling Comel (10 Gambar)


Inilah Landak mini yang paling comel, atau nama santifik untuk landak mini ini ialah Hedgehog Pygmy. Binatang landak mini ini sangat digemari oleh para pengujung di laman instagram, dan gambar dibawah ini adalah salah satu landak mini yang popular di laman tersebut.


Sebagai pengetahuan, landak mini adalah termasuk dalam keluarga landak, walau pun ianya bersaiz kecil dan comel. Landak mini ini biasanya di temui di negara Afrika tengah dan timur yang di panggil sebagai Atelerix albiventris. 

Fizikal haiwan ini sangat kecil, comel dan sering menjadi salah satu haiwan peliharaan yang digemari ramai. Sekirannya anda ingin memiliharan landak mini ini, anda perlu memberi penjagan yang baik. Kebiasaanya jangka hayat haiwan ini dalam 3 hingga 4 tahun, tetapi jika haiwan ini dipelihara dengan baik, boleh mencapai 10 tahun.


Seperti burung hantu dan kelawar, landak mini ini lebih aktif pada waktu malam. Makanan bagi landak mini ini adalah serangga, gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur dan lebah. Selain itu, landak mini ini juga boleh memakan buah-buahan.

Dari segi mempertahankan diri, sekirannya haiwan ini merasa terancam, landak mini ini akan membentukkan dirinya seperti bola dengan duri berada di luar. Ini bertujuan untuk menakutkan musuh dan melindunginya dirinya dari dimakan. -sumber

Itulah sedikit sebanyak mengenai landak mini ini, berbalik dengan gambar yang popular di instagram. Landak yang popular ini di kenali di instagram sebagai "Mr.pokee", mempunyai pengikutnya lebih dari 1 juta follower dan gambar yang dihasilkan lebih dari 1 ribu gambar.

Dan gambar di bawah ini adalah salah satu koleksi gambar Mr.pokee, apa macam comel tak? nampak macam senyum lah pula dia ini kan.











Klik Untuk Post Terkini
Cancel

Terima Kasih atas comment anda