-->

Kambing Berwajah Manusia (3 Gambar)



Kisah ini berlaku di sebuah kampung kecil di Rajashtan, India. Ramai penduduk di kawasan itu terkejut apabila melihat seekor kambing yang berwajah seperti manusia, terutamanya dibahagian mata kambing tersebut.


Pemilik kambing ini dikenali sebagai Mukeshji Prajapap, menurut beliau kambingnya ini mempunyai masalah gangguan genetik yang dikenali sebagai "Cyclopia". Apa benda Cyclopia?

Untuk pengetahuan anda, cyclopia adalah kecacatan kelahiran yang jarang terjadi apabila sebahagian daripada forebrain tidak dibahagikan dengan sempurna.



Kes cyclopia juga sering menyebabkan keguguran atau kematvan. Sekiranya dilahirkan dalam keadaan hidup, biasanya tidak bertahan lama, dan mungkin hanya hidup dalam masa yang singkat. 



Faham kan, sambung balik cerita. Menurut Mukeshji, terdapat sebilangan penduduk di kawasan tersebut  menanggap kambingnya ini adalah jelmanan tuhan. Dan bagi negara mereka, perkara ini adalah normal, ini kerana haiwan yang mempunyai keadaan yang jarang akan menarik perhatian ramai orang.



Kambing berwajah manusia ini dilahirkan pada tahun 2017. Di bawah ini adalah rakaman video kambing berwajah manusia.-sumber


Cancel

Terima Kasih atas comment anda