-->

Kerana Dikentut Di Kepala Nyawa Melayang



Kerana kerap kali dikentut di kepala, nyawa seorang lelaki melayang. Kes ini berlaku di indonesia di sebuah rumah di Bandes Batu Kasek, Padang.


Lelaki yang membunvh itu berusia 37 tahun, dan difahamkan dia berdendam dengan rakannya yang dikatakan sudah beberapa kali kentut di kepalanya ketika minum di sebuah warung.


Dendam lelaki ini mencapai kemuncak, apabila dia membawa senjata tajam ke rumah mangsa untuk 'pembalasan'.

Ketika kejadian, lelaki tersebut sedang tidur dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang perbuatan suspek, manakala isterinya yang kebetulan memasuki bilik juga ditetak.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital kerana parah di kepala dan dada. Manakala Isterinya pula masih menerima rawatan lanjut kerana kecederaan di telinga dan tangan yang serius.

Menurut Ketua Polis Lubuk Begalung Asisten Komisioner Andi Parnigotan Lorena, suspek mengakui bertindak sedemikian kerana berang apabila mangsa beberapa kali kentut di kepalanya.- sumber
Cancel

Terima Kasih atas comment anda