-->

Kenapa Tidak Disekat Pelancong China Ke Malaysia?



Dalam menangani kerisauan masyarakat tentang penularan virus 2019-nCoV, tidak dinafikan antara langkah terbaik adalah menyekat terus perjalanan keluar masuk warganegara China ke Malaysia.



Untuk pengetahuan anda, bagi menghalang mana-mana warga asing daripada memasuki Malaysia atas sebab wabak, penyakit itu perlu diisytihar sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) terlebih dahulu oleh World Health Organisation (WHO).

Ini adalah sebabnya mengapa kerajaan Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menghalang warga China daripada memasuki Malaysia dalam menangani Wuhan Coronavirus.

Walaupun dikecam dan didesak oleh seluruh masyarakat, kerajaan tetap perlu mengikut garis panduan secara profesional, bukan berlandaskan sentimen, emosi apatah lagi desakan netizen.

WHO telah bersidang mengenai Coronavirus ini dan mendapati belum ada keperluan untuk mengisytiharkan PHEIC.



Menurut laman facebook page yang dikenali sebagai Pencerahan MY, kalau nak diikutkan keterukan virus, MerCoV dari Arab Saudi lagi teruk. Tapi kenapa takde pun orang bising suruh stopkan haji dan umrah?

MERS (Coronavirus) - 1,338 kes, 475 kematian. Lokasi: Arab Saudi.

2019-nCoV (Coronavirus) - 830 kes, 26 kematian. Lokasi: Wuhan, China (masih meningkat).

Sebab mengikuti profesionalisme, bukan emosi.

Mungkin sekatan akan dilakukan kemudian, tapi berdasarkan data yang lengkap.

Tapi kalau kerajaan tak nak ikut guideline WHO pun boleh, namun mestilah berdasarkan sebab yang kukuh, kerana mungkin akan ada implikasi undang-undang.


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda