-->

Akibat Tabiat Menggigit Kuku (4 Gambar)



Kes ini berlaku di negara Scotland, seorang lelaki mengalami keceraan yang teruk di bahagian jarinya akibat tabiatnya mengigit kuku.  Lelaki ini dikenali sebagai Steven MacDonald yang berusia 48 tahun.


Pada mulanya Steven melihat jari telunjuknya mengalami jangkitan,tetapi tidaklah teruk sangat. Ahli farmasi hanya memberikan ubat magnesium sulfat bagi menyembuhkan jari telunjuk kukunya.

Lama-ke lamaan, jarinya semakin hari semakin membesar, tunangnya yang dikenali sebagai Karen Peat yang berusia 47 tahun, melihat jangkitan tersebut semakin teruk. 



Karen mengambil keputusan membawa Steven ke Hospital Universiti Monklands, Airdrie, North Lanarkshire, Scotland. Dan didapat Steven MacDonald mengalami paronychia pada jari telunjuk kuku beliau.

Untuk pengetahuan anda, Paronychia atau paronychia adalah jangkitan yang berlaku di kulit dan di persekitaran jari kuku. Tisu di sekeliling kuku yang dijangkiti akan membengkak, lembut apabila disentuh, dan sangat menyakitkan apabila disentuh.



Keadaan ini boleh berlaku kerana jangkitan kulat , bakteria, atau virus tertentu. Di samping itu, risiko jangkitan berlaku lebih tinggi jika terdapat kecederaan atau trauma, seperti menggigit kuku, menghisap jari, mencuci pinggan yang kerap, atau pendedahan kepada bahan kimia tertentu.-sumber

Menurut Karen "Pada mulanya mereka tidak khawatir kerana Steven apabila memotong kukunya terdapat sedikit bengkak dipersekitaran jari kukunya, tetapi kali ini ianya semakin teruk apabila saya sendiri melihatnya, dan saya mulai merasa panik."

Setelah memberinya suntikan antibiotik pada jari Steven, pihak hospital memberitahu kami bahawa kami perlu pergi ke Glasgow Royal Infirmary untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Menurut pihak hospital "bahawa jika saya tidak membawa Steven ke hospital,kemungkinan dia akan mvti.

Steven dimasukkan ke wad pembedahan plastik, di Glasgow Royal Infirmar. Selepas dua jam kemudian, hasil pembedahan itu telah berjaya dengan mengeluarkan daging yang dijangkiti di jari telunjuk Steven.



Menurut doktor, kemungkinan kuku Steven tidak akan tumbuh semula. Steven mulai mengigit kukunya pada usia kanak-kanak lagi, dalam masa yang sama Steven cuba berhenti dari tabiat buruknya itu.

Akhirnya, jari Steven menjadi mangsa. Steven menasihatkan orang ramai agar segera berhenti mengigit kuku sendiri, mungkin pada jangka pendek ia tidak memberi kesan, tetapi fikirkan pada jangka panjang. Jangan jadi seperti  Steven. - sumber

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda